Buku Cerita Ke Rumah Jovin & Peta Cerita

Seminggu ini, ada anak-anak buah yang pulang ke kampung. Sementara sahaja berikutan Walid mereka terpaksa ke luar negara atas urusan kerja. Meriahlah hari-hari. Rumah mertua dan rumah emak pula dekat. Memang turun naik bukit sahaja kerja anak-anak ini ๐Ÿคฃ Rumah mertua saya atas bukit dan rumah mak di bawah bukit.

Umur pun agak besar. Sudah boleh membaca dan menulis. Maka akan ada sela waktu yang mereka diminta membaca buku. Nasiblah dapat mak long macam ni ๐Ÿ˜… Nampak yang mereka lebih gemar dengan Siri Mudah Baca terbitan Penerbitan Pelangi ini.

Jadi malam ini, kami buat Peta Cerita bersama-sama. Sebenarnya saya tak berapa ingat juga format yang betul. Letak sahajalah maklumat yang diperlukan ๐Ÿคญ

Buku Ke Rumah Jovin

IMG20191106204022IMG_20191106_235823

Buku ini bertemakan perayaan. Sara dan keluarga berkunjung ke rumah Jovin sempena Hari Raya Deepavali. Seronok melihat ilustrasi gambar yang memaparkan kemesraan antara tetamu yang hadir ke rumah Jovin.

Dapat dilihat pakaian tradisi kaum India, hidangan makanan mereka di Hari Deepavali dan aktiviti bersama kawan-kawan.

Aktiviti berdasarkan buku

1. Bercerita

Khaulah dan Kauthar Annur membaca sendiri manakala adik-adik kecil yang lain mendengar cerita yang saya bacakan. Bagus tau guna buku cerita bergambar begini sebab anak kecil saya umur 3 dan 5 tahun lebih tertarik melihat gambar. Jadi bercerita dari situ sahaja ๐Ÿ˜€

2. Mengeja

Ada beberapa perkataan yang dibuat kuiz. Seronok tengok mereka bersungguh melihat perkataan yang ada. Hehe. Antara perkataan yang diuji :

๐ŸŽˆ Ziarah
๐ŸŽˆ Muruku
๐ŸŽˆ Nasi beriyani
๐ŸŽˆ Sari
๐ŸŽˆ Doti
๐ŸŽˆ Bapa saudara
๐ŸŽˆ Bermain
๐ŸŽˆ Pulang

3. Membuat Peta Cerita

Anak-anak membaca buku yang sama. Kemudian diminta mengisi maklumat ini :

๐Ÿ“Tajuk buku
๐Ÿ“Sinopsis cerita
๐Ÿ“Watak
๐Ÿ“Pakaian
๐Ÿ“Makanan
๐Ÿ“Watak yang disukai
๐Ÿ“Pengajaran

IMG20191106195854IMG20191106195920IMG20191106200149IMG_20191106_235725

Next time nak buat story sack pula. Insya Allah.

Idea untuk buat aktiviti berdasarkan buku boleh lihat buku Maisya and Her Grandparents ini ๐Ÿ˜˜

 

Apa itu story sack? Tunggu entri seterusnya ๐Ÿค—ย  Jumpa lagi.

Leave a Reply

Open chat