Anak Ketagih Gajet?
Belek album. Terjumpa gambar lama anak sulung ketika usianya 2 tahun lebih. Waktu itu saya dalam minggu-minggu terakhir sebelum naik kerja. Cuti bersalin anak kedua.
Masa tu, memang banyak fokus kepada bayi. Jadi anak sulung ni kadang-kadang terlepas buat aktiviti sendiri (baca ; tengok kartun). Di rumah memang ada Astro. Adik ipar pasangkan untuk tontonan ibu dan ayah mertua. (Saya tinggal bersama mertua).
Suatu hari saya tersedar yang dia sudah mula attach dengan TV. Bangun tidur TV, nak makan TV, kurang bermain dan bila TV ditutup dia akan tantrum teruk. Waaah, tak boleh jadi.
Recall balik pengalaman ajar subjek Kemahiran Manipulatif anak-anak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran masa praktikum dahulu. Saya aplikasikan pada anak satu-persatu.
Dalam subjek ini, anak-anak didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang merangsang kemahiran motor halus dan motor kasarnya. Antara aktivitinya ialah :
1) Menguntai
2) Menganyam
3) Menampal
4) Menggunting
Secara langsung kena banyak masa dengan anak. Memang penat tapi berbaloi 💜
Jadi bila orang tanya apa nak buat bila anak dah mula ketagih gajet?
1) Ibu ayah sendiri perlu jadi trend setter dalam rumah.
Doalah supaya diberi ilham sebaiknya dan lembutkan hati anak mendengar nasihat kita.
Simpan telefon dan gajet lain semasa berada bersama anak-anak. Khususkan tempat untuk ibu ayah menggunakan telefon seperti di bilik tidur sahaja.
2) Penuhi masa anak.
Luangkan masa lebih banyak bersama anak. Beraktivitilah bagi memenuhi tangki emosi mereka 😊
3) Membentuk disiplin
Elak beri pilihan gajet khas untuk anak. Tetapkan masa jika anak mahu menggunakannya seperti had masa dan pilihan permainan atau Channel YouTube. Ajar anak guna gajet bukan melepaskan sepenuhnya kepada mereka.
Barakallahu fik 💜
#AnakCergasAnakCerdas