Koleksi buku Tere Liye

 

‘Wah, Tere Liye ada buku menariklah!’ Tangan berhenti meneliti status Instagram Tere Liye. Teringat ada seorang kenalan yang masih menuntut di Indonesia. Tambah mengujakan, kenalan ini turut menawarkan perkhidmatan Personal Shopper membeli buku. Tanpa berlengah pesanan terus diberikan kepadanya.

Biar pun beberapa minggu kemudian buku sampai, saya ok sahaja kerana tidaklah begitu tergesa mahu membacanya. Cuma, menggunakan peluang dapat membeli dengan harga yang murah. Seronok sungguh mengulit buku Serial Anak Mamak ini. Terasa Eliana, Pukat, Burlian dan Amelia dekat dengan diri.

Jual Novel TERE LIYE - SERIAL ANAK MAMAK 4 BUKU - PUKAT - ELIANA - BURLIAN - AMELIA | Shopee Indonesia
Sumber gambar : Shopee Amara Bookstore

Kehidupan anak kampung yang serba-serbi daif tidak sedikit pun menjejaskan semangat mereka untuk belajar dan menjalani kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi saya meneliti watak Mamak, ibu yang cekal serta Bapak yang berjiwa besar. Fuh, terasa mencabarnya dunia parenting mereka dengan adanya empat orang anak yang nakal dan berani ini!

Sebenarnya buku pertama yang dibaca ialah Hafalan Solat Delisa, terjemahan oleh PTS. Sejak itu saya memburu buku Tere Liye seperti Bidadari Syurga, Ayahku (Bukan) Pembohong, Siri Bumi, Hujan dan sebagainya. Adakalanya menabung dahulu berbulan-bulan barulah dapat membeli beberapa judul sekaligus.

 

Aina Dayana Hilmi

1 November 2022

Leave a Reply

Open chat