Newly detect…..

 

Sudah beberapa hari sesak nafas tetapi ditahankan juga. Sebelum ini selalu alami. Ambil inhaler, sembuh insya-Allah. Tetapi tidak untuk kali ini. Turun naik tangga yang sedikit di sekolah itu sudah cukup untuk membuatkan diri mahu putus nafas.

 

Tak tahan sangat, hari Khamis terpaksa ke hospital juga. Minta izin dari guru besar dahulu memandangkan petang itu ada mesyuarat guru. Sungguh, saya masih mahu bertahan sehingga habis mesyuarat baru nak dapatkan rawatan tetapi saya fikir jika saya jatuh dalam Kamar Tun Fatimah, pasti lebih buruk akibatnya.

 

Terima kasih suami kerana bawa saya ke hospital. Dia perlu tolakkan kerusi roda sebab saya takut tak sampai ke asthma bay jika berjalan kaki. Sampai sahaja ke ruang tersebut, jantung sudah mula berdegup pantas apabila MA menyorong mesin tekanan darah. Saya pasti yang tekanan darah saya sangat tinggi waktu itu.

 

Benar sekali sangkaan saya tetapi angkanya sangat mengejutkan. 190+/100+. Dan lebih memeranjatkan doktor maklumkan paru-paru saya clear dari asthma. Jadi sesak nafas ini berpunca daripada tekanan darah yang tinggilah nampaknya. Saya terus terbayang yang saya memang sukar tidur. Ada hari langsung tidak tidur. Tidak kira siang atau malam.

 

Saya hanya diam sepanjang rawatan. Apabila MA mula cucuk jarum untuk ambil darah, terus saya syorkan suami pulang ke rumah. Saya tak mahu dia menunggu terlalu lama. Lagipun ada anak-anak dan kelas mengaji yang perlu diurus. Terima kasih emak, ayah, pengasuh yang membantu menjaga anak-anak saya sepanjang saya di hospital.

 

Beberapa jam di kecemasan menunggu tekanan darah turun agak menyeksakan walaupun saya sebenarnya baik-baik sahaja sekiranya perlu dimasukkan ke wad. Bak kata suami, saya memang suka masuk wad 😁 Sepatutnya saya diletak di wad pemerhatian tetapi semua katil penuh maka saya duduk sahaja di situ sampai tertidur-tidur.

 

Menjelang maghrib, tekanan turun kepada 155/100+ barulah saya dibenarkan pulang. Dan kini bermulanya perjalanan baharu saya.. Doakan semoga saya sabar dan kuat semangat untuk sihat. Baru sahaja berazam tahun ini tak mahu ambil cuti sakit, nah Allah bagi peringatan terus. Ada perkara yang perlu saya perbaiki.

 

P/s : Saya tak penakut ambil darah tapi kali ini peritnya ketika darah diambil! Dan saya merasa kali ini betapa pekatnya darah yang masuk ke tiub tersebut.

 

Rabbi yassir wa la tu’assir.

 

Aina Dayana Hilmi,

6 Januari 2023

Leave a Reply

Open chat