Hujan

Semalam mendapat berita adik nombor dua mahu pulang ke kampung. Dengan pantas adik-beradik lain merancang mahu buat makan-makan. Biarlah tidak cukup semua anggota kerana ada yang menghadiri perkhemahan sekolah, namun perancangan diteruskan juga.

Mak ayah keluar juga hujung minggu ini memandangkan ayah sudah mendaftar memasuki jambori basikal di Masjid Tanah, Melaka. Mungkin juga ayah mahu bawa mak keluar berjalan. Keluar sebentar dari rutin menjaga nenek yang sakit. Maklum kesemua anak mereka ada di rumah boleh mengganti tugas emak sekejap.

Cucu mak ayah seramai 12 orang syok sungguh mandi hujan ya. Hujan lebat sekitar 2.30 petang tadi. Ini kalau cukup korum mencapai 16 orang. Lagi haru. Haha. Menangis, bermain, bersepah memang ada sahaja 😅

Catatan hujung minggu. Semoga bertemu lagi.

Leave a Reply

Open chat