6 Tip Pilih Mandian Sesuai Untuk Bayi

Bayi dan anak kecil sememangnya mempunyai kulit yang lembut dan halus. Sebab itu tidaklah disarankan memakai sebarang produk yang boleh memberi kesan kepada mereka.

baby-4018907_1280.jpg

Sumber gambar : pixabay.com

Semasa saya mula mengandung pertama kali, pernah juga ajukan pertanyaan kepada doktor dan jururawat. Mereka hanya menyarankan penggunaan air sahaja untuk beberapa waktu awal kelahiran bayi.

Tapi tidak salah sekiranya ibu masih mahu mencari dan menggunakan produk yang selamat untuk bayi mereka. Berikut adalah beberapa panduan yang dikongsi oleh Majalah Pa & Ma keluaran Mac 2019 :

1. Menggunakan Syampu Organik

Ibu perlu lebih bijak mengetahui kandungan dalam syampu yang dipakai seperti syampu organik yang berasaskan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan tiada campuran bahan kimia.

2. Elakkan mandian yang berbau wangi.

Dibimbangi bahan mandian bercampur dengan bahan kimia yang tinggi dan tidak sesuai dengan kulit bayi.

3. Elak produk yang banyak buih.

Dikatakan ia juga bercampur dengan bahan kimia yang tinggi dan boleh memberi kesan kepada kulit bayi.

4. Jenis kering

Oh..oh ada produk yang menyebabkan kulit bayi jadi kering. Ini akan mendedahkan bayi kepada sakit kulit, alahan dan kegatalan.

5. Pilih mandian dengan pelembap

Memilih bahan mandian berasaskan organik lebih selamat untuk kegunaan bayi anda.

6. Krim pelembap

Ada bayi yang mempunyai kulit kering dan sensitif. Ini membawa kepada kegatalan dan mendorong bayi menggaru dan menangis kerana tidak selesa. Jadi, tindakan menyapu losyen membantu melembapkan kulit bayi.

Tambahan info yang disesuaikan daripada Web The Asian Parent :

Paraben ialah bahan pengawet yang digunakan untuk memanjangkan tempoh hayat sesuatu produk. Namun, ia memberi kesan bahaya terhadap sistem tubuh.

Bedak tidak perlu dipakaikan kepada bayi kerana ia boleh mengganggu sistem pernafasan bayi.

Mineral Oil boleh menghalang atau mengganggu kulit berpeluh. Jadi elakkan penggunaan set mandian mahupun losyen yang ada bahan ini pada bayi anda.

Triclosan turut mengganggu sistem hormon dalam badan bayi. Ia sejenis anti bakteria yang didapati dalam sebahagian besar produk di pasaran.

Propylene glycol juga merupakan bahan kimia yang mengganggu sistem badan bayi dengan membuka liang roma untuk bahan ini bertindak balas pada badan. Namun, ia memburukkan lagi kesan alahan pada kulit sekiranya bayi mempunyai kulit sensitif seperti ekzema.

Semoga bayi anda lebih selesa dengan pilihan bijak ibunya memilih mandian yang sesuai dan selamat. Jangan lupa tekan butang kongsi sekiranya bermanfaat.

Terima kasih kerana memberi maklum balas :)

shares