7 Fakta Mengenai Minyak Wangi

Pernah suatu ketika saya masuk mengajar di dalam kelas. Sedang elok menulis di papan putih, terhidu bau wangi. Erk? Saya menoleh ke arah anak-anak murid. Muka mereka selamba sahaja semuanya. Haha. Saya sambung menulis. Sekali lagi terbau wangian tadi. Haih. Ini kes main sembur-sembur minyak wangilah ni. Pasti ada yang bawa.

Lalu saya letakkan pen dan duduk menghadap anak-anak ini. Mereka hanya istimewa pendengaran tetapi bab lain semuanya normal seperti kita 🤗 “Wanginya bau ni. Cikgu suka.” Kata saya sambil berbahasa isyarat. Waaah bersinar mata mereka. Dengan rela mereka bercerita minyak wangi siapa, beli di mana, perisa apa dan sebagainya. Saya hanya tersenyum. Jerat mengena. Hihi.

Lalu saya katakan, minyak wangi boleh pakai di rumah. Di sekolah tak boleh. Bawa pun tak dibenarkan. Ia peraturan sekolah. “Boleh cikgu simpan dahulu perfume kamu ni?” Empunya badan mengangguk dan hulurkan kepada saya. Selesai kes.

Tak perlu marah-marah. Terus beritahu kesalahan.

Sebenarnya saya teringat perihal minyak wangi ini. Saya bukan pemakai tegar. Ilmu tentang minyak wangi pun sangat sedikit. Menginjak remaja, pakai minyak wangi sebab terpengaruh dengan iklan atau melihat kakak-kakak sepupu punya. Itulah, tak diberi pendedahan tentang ilmu minyak wangi ini. Semua wangian saya hentam kata minyak wangi padahal ia sangat-sangat berbeza 😆

Ada 5 jenis minyak wangi :

🌼 Eau Fraiche – paling sedikit peratus minyak wanginya. Sekitar 1 hingga 3 % sahaja. Bahan lain lebih banyak air. Contohnya ialah body mist. Ini sekali sembur, sekejap sahaja baunya.

🌼 Eau de Cologne (EDC) – kepekatan minyak wanginya sekitar 2 – 6 % sahaja. Selebihnya juga air dan bahan lain. Teringat Cologne dari Johnson and Johnson. Wangi tapi sekejap juga baunya. Bila pakai rasa sejuk sahaja tangan. Tapi itulah, baunya tidak bertahan lama.

🌼 Eau de Toilette (EDT) – peratus minyak wanginya sekitar 5 – 15%. Dulu selalulah juga guna. Pun sedih. Sebab baunya sekejap sahaja. Hihi.

🌼 Eau de Parfum (EDP) – Kepekatan minyak wanginya sekitar 15 – 20%. Dan baunya bertahan lama sedikit. Dalam 3 ke 5 jam. Cuma saya agak sensitif dengan sesetengah bauan ini kerana kebiasaannya ia dicampur dengan alkohol.

🌼 Pure perfume (Parfum) – ha, ini memang minyak wangi asli. Tanpa tambahan alkohol. Harganya juga mahal. Wanginya tahan lama sehingga 8 jam. Ada juga yang melebihi 12 jam. Malah, ia memberi kesan aromaterapi kepada pemakai.

Best kan?

Elok saya kongsikan 7 Salah Faham Mengenai Wangian ini :

 

#1 Semua wangian berasaskan bahan semulajadi

Ada wangian sintetik dan ada wangian aromaterapi. Jika sensitif dengan wangian, bermakna ada alahan dengan wangian sintetik. Ada rakan saya yang akan alami pening dan loya serta-merta jika terbau. Wangian aromaterapi memberi kesan teraputik kepada pemakai. Ia memberi rasa selesa.

 

#2 Wangian hanya berfungsi untuk menutup bau badan

Wangian sintetik berbeza dengan wangian semula jadi. Ia bukan sekadar memberi bau wangi tetapi mampu memberi rangsangan kepada otak dan membantu mengawal emosi.

 

#3 Wangian melambangkan status

Pada zaman dahulu, ciri ini benar. Namun, kini ia sudah menjadi kebiasaan namun masih mengikut bajet masing-masing. Harganya murah dan mahal kerana bahan yang digunakan dalam pembuatan minyak wangi tersebut. Minyak wangi natural lebih mahal.

 

#4 Semakin lama wangian disimpan semakin baik

Ini hanya terpakai untuk wangian semulajadi sahaja.

Sifat perfume dari sumber aroma semulajadi adalah seperti wine, yang semakin lama diperam, akan melalui proses degradation of organic compound, lalu akan memberi kesan kepada aromanya. (Web Tasneem Naturel HQ)

 

#5 Semua wangian adalah sama

Ha, dulu pun saya beranggapan begini. Anggap semuanya sama sahaja. Dan harga yang mahal itu berbeza sebab jenama sahaja. Hakikatnya, salah. Eheh. Baca semula perkongsian di atas Mengenai perbezaan antara jenis-jenis minyak wangi.

 

#6 Semua wangian ada kesan aromaterapi

Hanya wangian semulajadi sahaja yang ada kesan aromaterapi kepada pemakai. Antaranya memberi rasa tenang, memberi kesan baik kepada pernafasan, mengurangkan rasa mual, sakit kepala Dan selainnya.

 

#7 Wangian tahan lama wangian terbaik

Wangian terbaik ialah wangian yang membantu pemakai memaksimakan potensi diri melalui brain stimulation, memory stimulation, merangsang tubuh aktif, membantu menyimpan memori dengan lebih lama dan seumpamanya (Website Tasneem Naturel HQ)

 

Nantikan pengenalan wangian aromaterapi terbaru dari Tasneem Naturel 😘

Terima kasih kerana memberi maklum balas :)

shares