Anak jauh dari mata, boleh cuba petua ini.
Apabila melepaskan anak keluar rumah, dia sudah tidak berada dalam pandangan mata kita. Tiada daya dan upaya mak ayah untuk menjaganya. Kepada siapa kita berharap? Semestinya Allah Maha Besar yang memelihara dan menjaganya.
Setiap kali duduk bersama orang tua-tua, saya suka meminta nasihat mereka dalam mendidik anak. Perkara utama yang mesti saya terima ialah “berdoalah untuk anak.”
Ada satu pasangan makcik dan pakcik itu, setiap kali anak mahu ke sekolah, diajar doa menuntut ilmu sambil memegang ubun-ubun anak :
رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا
Robbi zidni ‘ilman (Surah Toha ayat 114)
Bermaksud : Wahai tuhanku, tambahilah ilmu kepadaku.
Anak-anaknya turut membaca doa tersebut. Kini dibuat pula kepada cucu-cucu. 🙂
Sebelum ke sekolah, dirutinkan anak membaca zikir pagi dari Hisnul Muslim dan diajar doa-doa dari hadis sahih seperti doa memudahkan urusan :
اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
“Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa”
“Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah”
Kembali ke sekolah
Alhamdulillah hari ini hari pertama anak-anak memulakan sesi persekolahan. Semangat baru semuanya insya Allah. Maklumlah Naik kelas baru, bertemu guru baharu, menjawat jawatan baharu.
Ummi pun berjaya bekalkan bekalan hari pertama. Untuk abi sahaja tiada kerana sudah berpuasa sunat. Nasi putih, telur masak kicap, biskut dan kurma. Seadanyalah anak-anak ya. (Not so healthy but I try my best untuk bekalkan anak-anak).
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu akbar. Semoga anak-anak kita lebih beradab dan berakhlak mulia. Doakan kami juga.
Aina Dayana Hilmi,
Mahu jadi baik juga.