Anak Susah Tidur
Bagi ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata mungkin akan alami kejutan sedikit apabila bayi kecil itu lebih banyak berjaga daripada tidur terutamanya pada waktu malam. Jika ada yang tidak bersedia, memang boleh menjadi asbab kemurungan dan emosi yang tidak stabil. Mari kita lihat mengapa anak menghadapi situasi sukar lena atau kerap terjaga. Adakalanya tidak mahu tidur semula selepas diberi susu mahupun ditukar lampin.
Tidur dari aspek kesihatan
Tidur yang mencukupi bagus untuk pembentukan tulang bayi. Semasa tidur, lemak yang tidak diperlukan banyak terbakar dan ini menjadikan bayi dan kanak-kanak mengalami pertumbuhan dengan sihat dan tiada masalah obesiti.
Ada satu kajian dari Universiti Havard berkaitan tidur kanak-kanak :
- Anak yang tidur kurang 12 jam sehari akan mengalami masalah berat badan.
- 17% kanak-kanak akan menjadi obes pada usia 3 tahun berbanding 7% dalam kalangan kanak-kanak yang cukup tidur.
Tempoh tidur mencukupi
Umur | Waktu tidur (jam) |
2 – 12 bulan | 14 – 15 jam sehari |
1 – 3 tahun | 12 – 14 jam sehari |
6 tahun | 11 – 13 jam sehari |
Faktor penyebab masalah tidur

- Obesiti
- Genetik
- Pernafasan tidak normal atau cara pernafasan tidak betul
- Lewat tidur kerana bermain atau menonton televisyen
Masalah tidur anak

- Memerlukan bantuan untuk tidur
- Terlalu letih atau tidak mendapat waktu tidur yang mencukupi (nap time)
- Gelisah apabila berjauhan dari ibu ayah (separation anxiety)
- Tiada rutin tidur yang tetap
- Masalah saluran pernafasan
- Alahan dan asma
- Mimpi ngeri
Atasi masalah anak sukar tidur
Rutinkan jadual tidur anak anda. Meskipun anak masih kecil tetapi kita boleh lakukan secara tetap setiap hari seperti masuk tidur jam 9.30 malam, gelapkan tempat tidur, selesakan tempat tidur dan pasangkan alunan ayat suci al-Quran. Jangan lupa untuk elakkan makanan dan minuman manis sebelum tidur bagi mengelakkan tenaga anda berlebihan dan aktif.
Kesemua tanda ini memberi petanda kepada anak bahawa itu ialah waktu tidur. Lama-kelamaan ia menjadi habit anak anda.
Semoga anak tenang dan tidur lena.