Apabila anak terkena impetigo
Pagi itu badan anak panas. Lepas mandikan badannya jadi dedar. Hairan juga. Malam tadi elok sahaja. Aktif lagi. Menjelang petang, demamnya kebah. Alhamdulillah.
Keesokan harinya, saya pelik melihat dirinya tidak begitu aktif. Selalu juga digosok hidung. Tetapi kemudian, dia menyeringai kesakitan. Bila diperhatikan, ya Allah, apa sudah jadi ni?
Hari pertama
Cepat-cepat telefon suami supaya bawa Abdurrahman ke klinik. Rupanya mak kata memang 2-3 hari kebelakangan, dia mengadu sakit bila dimandikan. Saya pula masih berpantang waktu itu. Memang tak banyak bergerak dek kerana sakit selepas pembedahan.
Mahu menangis rasanya apabila melihat hidung, dahi dan telinga kanan ada luka besar. Doktor kata jangkitan bakteria pada kulit. Bila diperhatikan anak ini terkena impetigo rupanya. Doktor memberi krim dan antibiotik. Saya lihat pada kandungan krim. Ia mengandungi paraben walaupun dalam kuantiti sedikit. Errr…
Impetigo atau orang kampung biasanya sebut kudis api biasa terjadi kepada anak kecil berumur 5 tahun ke bawah. Ini kerana anak-anak di usia ini belum kuat sistem imunnya.
Impetigo terjadi kerana jangkitan bakteria. Ia lebih teruk terjadi jika seseorang itu menghidap luka, diabetes dan HIV. Ia juga boleh berjangkit dengan orang lain. Impetigo meninggalkan kesan seperti luka dan melepuh pada kulit.
Ada dua jenis impetigo :
1️⃣ Impetigo Bulosa
Impetigo ini menyebabkan gatal dan sakit kepada pesakit. Kulit seperti melepuh dan basah dengan cairan yang keluar.
2️⃣ Impetigo Non-Bulosa
Impetigo jenis ini tidak gatal dan tidak sakit. Anak boleh beraktiviti seperti biasa.
Bagi mengelak impetigo berjangkit :
✔️ Pastikan tangan sentiasa bersih. Cuci tangan dengan air dan sabun. Penggunaan hand sanitizer juga sangat membantu.
✔️ Asingkan pakaiannya dari bercampur dengan orang lain.
✔️ Menjaga kebersihan kuku dan memotong kuku.
✔️ Elak anak menggaru untuk mengurangkan risiko berjangkit.
✔️ Mengelak dari berkongsi mainan, peralatan makanan, pakaian dengan orang lain sementara waktu.
✔️ Disyorkan untuk tidak keluar rumah bagi mengurangkan risiko jangkitan tersebar.
Selain ubat klinik, saya sapukan Skeenz pada kulit anak. Skeenz membantu anak tidak merasa gatal pada tempat jangkitan. Malah, cepat kering dan sembuh selepas 8 hari. Impetigo anak saya merebak juga ke bahagian badannya yang lain seperti dahi, dada, kepala dan cuping telinga.
Dan sempat juga impetigo ini berjangkit dengan kakak sulungnya. Syukur sangat anak saya yang sulung ini hanya terkena di bahagian perut dan tidak merebak.
Ya Allah, rasanya tak mahu lagi hadap impetigo ini. Penat nak mengurus pakaian dan bekas makanannya yang perlu diasingkan. Kalau ikut petua orang tua-tua dahulu, pakaian anak dibasuh dengan air panas. Ada juga yang dimasak atas api bagi membunuh bakteria tersebut.
Hari ke-5
Hari ke-8
Hingga kini hand sanitizer merupakan keperluan bagi keluarga kami. Malah, kebersihan tangan dan kaki sangat dititikberatkan.