Asam Garam #2 Romantiknya Rumah Tangga Nabi

Antara isi kandungan buku

Membaca untaian hadis di sini sudah banyak menggambarkan suasana rumah tangga ideal idaman semua. Ia bukan mustahil. Rasulullah sollallahu alaihi wasallam sungguh manusiawi. Pernikahan baginda dengan isteri-isteri memberi manfaat besar buat ummah. Kita dapat melihat “meriah”nya dan banyak sunnah rumahtangga yang dapat diikuti.

Sungguh, dalam Bab 1 sahaja sudah terhimpun 6 bab kecil tetapi sangat bermakna. Bahasa kasih sayang setiap orang berbeza tetapi yang diungkap dengan kata dan perlakuan fizikal lebih memberi kesan.

Di rumah, baginda menyantuni isteri dengan lembut dan selayaknya isteri juga membalas dengan lebih baik. Ia bukan berkisar tanggungjawab siapa perlu berlembut dengan siapa tetapi inilah tanda cinta seseorang kepada orang yang disayangi.

Sekecil-kecil perkara juga sunnah. Misalnya :

» Membuat kejutan kepada pasangan dengan membelikan hadiah

» Bertanya khabar

» Berbual selepas solat sunat malam dan sebelum solat sunat fajar

» Bersembang sebelum tidur

» Tidur dalam satu selimut yang sama meskipun isteri dalam haid

» Mandi bersama. Sama ada mandi wajib atau biasa

» Bergurau-senda ketika isteri haid

» Menjaga penampilan dan kebersihan diri di hadapan pasangan. Jangan pandang enteng perkara ini!

 

Dalam bab 2 ini banyak perkara yang saya baru ketahui. Allahu Allah. Sungguh semua ummul mukminin ini hebat belaka. Setiap orang ada keistimewaan sendiri. Sehingga ada yang diiktiraf oleh madu-madu yang mereka ini hebat dalam beribadah dan bersedekah.

 

» Saidatina Aisyah terkenal sebagai kebijakannya menguasai ilmu

» Saidatina Zainab binti Jahsy dikenali sebagai wanita solehah dan kuat bangun malam

» Saidatina Saudah dan Saidatina Safiyyah terkenal kerana kecantikannya

 

 

Bahagian ini menjadi kegemaran saya. Bagaimana suasana keluarga islam diwujudkan dalam institusi kekeluargaan baginda..subhanallah. Para ummul mukminin sangat ghairah menuntut ilmu dan tidak malu bertanya kepada baginda apa-apa yang mereka tidak tahu.

Sungguh, ketika merajuk pun sempat lagi bertanya! Andainya kita, bercakap pun rasa tak mahu, kan?

Bahagian yang mengharukan. Bermula daripada baginda sakit sehingga membawa kepada kewafatan baginda. Ada sunnah-sunnah yang boleh kita ikuti.

 

Berminat untuk dapatkan buku ini, boleh klik sini.

Terima kasih kerana memberi maklum balas :)

shares