Bac-Out : Pencuci Organik Alat Permainan Anak
Semasa kecil, saya sangat suka bila ayah kata akan balik kampung di Perlis. Selain dengan sawah padi yang menghijau, saya juga tidak sabar bermain dengan anak-anak patung kepunyaan Mak Teh Lin. Mak Teh ada banyak koleksi. Antara yang saya ingati ialah dua anak patung beruang Jack dan Jill serta seekor arnab comel berwarna putih dengan baju biru lautnya. Ha, siap boleh describe lagi ! 🤣

Selalu juga saya perhatikan yang Mak Teh rajin mencuci anak-anak patung ini. Katanya, semua mainan perlu dibersihkan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Jika kerap main perlu selalu cuci untuk jamin kesihatan. Maklumlah dengan bulu anak patung ini, habuk dan kotoran mudah lekat. “Oh, patutlah mak dan ayah tak belikan kami anak patung. Sebab kami adik-beradik ada lelah.” Saya berfikir sambil menunggu anak-anak patung itu kering di ampaian 😊 (Baca : Panduan Memilih Mainan Anak)
Mencuci mainan perlu melihat beberapa perkara. Panduan asas mencuci mainan ialah :
1. Lihat label
Perhatikan pada mainan anak seperti ‘soft toys’, pasti ada label. Lihat simbol padanya dan pilih cara cucian yang sesuai. Kenali makna simbol yang anda lihat dengan merujuk gambar di bawah :

2. Jenis alat mainan
Alat permainan anak yang banyak itu kita cuci mengikut jenisnya. Jika daripada plastik, boleh cuci dengan sabun dan air biasa. Jika mainan berasaskan kayu, boleh cuci dengan sabun, air dan lap dengan kain. Jika mainan daripada kain, mungkin boleh masukkan ke dalam mesin basuh. Ini sekadar menyebut beberapa contoh
Kebersihan alat mainan anak
Kini, bila sudah mempunyai anak, saya mula memikirkan kebersihan alat mainan mereka apabila tiba fasa mereka memasukkan benda ke dalam mulut, menggigit, menghisap mahupun mencampakkan mainan. Haha, mesti ibu ayah pun faham benar bila tiba saat ini, kan? Sentiasa berjaga-jaga bila anak masukkan mainan ke dalam mulut!
Sejak anak terkena impetigo pertengahan tahun ini, saya tahu sudah tiba masanya saya ambil berat tentang kebersihan alat mainan anak-anak.
Bac-out – pencuci mainan organik
Fungsi Bac Out
Mari lihat bahan dalam Bac Out
1. Disodium EDTA
Berupaya membuang logam berat seperti merkuri daripada darah. Ianya adalah bahan Kimia selamat yang digunakan dalam bidang perindustrian dan perubatan.
2. Rosemary

Nama rosemary diambil daripada perkataan “ros” yang bermaksud embun (dew) dan “marinus” yg bermaksud dari lautan (of the sea). Dikatakan ianya mempunyai kaitan sebagai tumbuhan yang berasal daripada Mediterranean.
Rosemary mampu melegakan tekanan selain bertindak sebagai agen pemanasan yang berguna untuk artritis dan sakit sendi serta peredaran darah dan jantung. Ia juga anti inflamasi di mana mengelakkan keradangan yang berlaku pada kulit.
3. Kaffir lime

Nama lainnya ialah citrus hystrix. Buah limau ini biasa didapati di negara kita. Malah ramai sahaja di kalangan masyarakat yang menanam pokok limau di hadapan rumah. Daunnya selalu digunakan dalam masakan.
Baunya yang harum dapat mengurangkan tekanan, menstabilkan emosi, mengurangkan kebimbangan Dan menambah baik pernafasan.
Jangan tidak tahu, buah limau ini mampu membunuh bakteria dan mengecutkan jerawat, mengurangkan keradangan pada kulit dan melambatkan penuaan kulit. Menarik, kan?
4. Postassium Sorbate
Bahasa mudahnya ia adalah garam yang mudah larut dalam air. Nak tahu bagaimana ia terjadi?
Potassium sorbate adalah hasil tindak balas peneutralan antara asid sorbik dengan potassium hydroxide.
Asid sorbik ini pula didapati daripada buah beri yang belum matang pada pohon Rowan (Sorbus Aucuparia).
Sorbic asid sifatnya kurang larut dalam air dan mudah berubah sifat dari pepejal kepada wap. Apabila ia bergabung dengan potassium hydroxide, ia akan membentuk garam. Inilah potassium sorbate yang terhasil.
5. Piper Bettle (Sireh)

Fungsi sireh:
a) mengandungi kandungan nutrisi yang sangat baik untuk badan
b) bertindak sebagai pencuci menghilangkan bakteria
c) bertindak sebagai antiseptik
d) bertindak menghilangkan dan meneutralkan bau yang tak enak.
Cara menggunakan Bac Out
1. Sembur pada mainan anak.
2. Ratakan.
3. Biarkan kering sendiri.
Apa kata pengguna?
Menjamin kebersihan
Tambahan lagi ada hebahan info dari Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan tempat duduk makan bayi dan anak kecil. Jadi selepas ini ibu ayah boleh stand by Bac Out-lah sebagai penyelamat 😍
Mainan bersih, kesihatan anak terjamin. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya 😀