Backpack India Punjab ke Kashmir

Apabila berpeluang ke Perpustam, genre travelog adalah rak yang akan saya tuju. Ada banyak lagi buku dari genre ini yang belum dibaca. Mana yang berkenan, sudah pasti saya sambar dahulu untuk dipinjam. Ketika melihat perkataan Kashmir, saya tertarik untuk ambil. Maklumlah, saya rasa saya mungkin tidak akan sampai ke sana jadi mahu tahu pengalaman pengembara yang telah sampai dahulu.

Sumber gambar : Harian Metro

Lagi-lagi apabila beliau ada menyebut tentang lokasi penggambaran Bajrangi Bhaijaan, sebuah filem Hindustan mengenai seorang rakyat India yang membantu mencari tempat asal seorang kanak-kanak perempuan yang dikatakan berasal dari Pakistan. Mungkin ramai yang tahu filem yang dibintangi oleh Salman Khan itu. Latar filem sangat cantik dengan suasana padang rumput yang terbentang luas dan menghijau serta dihiasi gunung-ganang yang bersambung-sambung di belakangnya.

Meskipun hanya sembilan hari musafir beliau ke sana tetapi pembaca dapat juga gambaran serba-sedikit tempat yang dilawati, makanan, budaya setempat, keramahan masyarakat serta perbezaan tingkah laku dan tahap kebersihan.

Cuma, bagi saya pengembara perempuan sangat kental kerana dalam permusafiran adakalanya tidak selancar mengikut perancangan. Mereka harus bijak bertindak pantas, meminimumkan risiko, membuat keputusan dan seumpamanya. Sebab itu perancangan rapi perlu dibuat sebaik mungkin. Di dalam buku ini ada dikongsikan oleh penulis.

Terhibur seketika melihat koleksi gambar yang diambil sepanjang penulis dan rakan-rakan berada di sana. Memang cantik tetapi melihat kesusahan yang mereka alami, percayalah setiap satunya ada maharnya.

Leave a Reply

Open chat