Bagai air titik ke batu

“Bagai air titik ke batu!”

Nyaring suara guru disiplin dari atas pentas. Kecut perut saya mendengarnya. Tak sempat pun nak hadam makna peribahasa yang cikgu sebut tadi. Tapi saya agak ia seperti mencurah air ke daun keladi.

Pagi itu, selepas perhimpunan rasmi, semua pelajar perempuan ditahan untuk pemeriksaan. Kuku dilihat, tudung dibuka untuk lihat sama ada rambut diwarnakan dan kain labuh meleret ke lantai.

Ramai pelajar dikumpulkan di satu sudut. Muka guru-guru disiplin tegang. Aduhai kawan, mengapa menempah nahas di sekolah? Bisik hati kecil tatkala melihat beberapa kelibat rakan yang dikenali.

Naifnya waktu itu. Remaja memang penuh rasa ingin tahu. Orang kata jiwa mudah memberontak. Rupanya dalam Islam tiada istilah remaja sebaliknya digelar pemuda. Fasa ini sangat optimum.

Jika pemuda dididik dengan akidah dan akhlak, diberi ilmu agama, dikembangkan potensi diri insya-Allah akan membawa kebaikan. Namun saya sedar ia perlukan satu sistem yang kukuh dengan suasana tarbiah yang mantap sedari awal.

Bukankah begitu?

 

Peribahasa :

Bagai air titik ke batu

 

Maksud :

Memberi nasihat atau ajaran sia-sia

 

Aina Dayana Hilmi,

4 Ogos 2022

Leave a Reply

Open chat