Bagai kacang direbus satu

“Yeay, yeay ayah balik! Ayah balik!”

Masing-masing menerpa ayah yang baru sahaja membuka kasut. Emak sudah terlebih dahulu menahan kami di dalam rumah. “Biar ayah masuk rumah, tenang-tenang dahulu. Karang baru cakap nak apa-apa.”

Selalu saya berfikir kenapalah mak selalu sebut begitu. Lama-kelamaan saya mula memahami. Memberi ruang kepada ayah yang penat bekerja untuk mengurus diri dan melepaskan lelah sekejap. Itu antara adab yang perlu anak-anak tahu.

“Nah, ambil ni,” ayah menghulur plastik kepada adik. “Wah, buku baru!” Masing-masing bagai kacang direbus satu bila dapat bungkusan itu. Nenek dan datuk yang sedang berehat di ruang tamu pun menggelengkan kepala. Sudah faham benar dengan cucu-cucu mereka ini.

Tangki emosi anak-anak di rumah sudah dipenuhi dengan menyuakan buku baharu. Maklumlah dahulu kami tak keluar rumah bermain, dunia hanya sekitar keluarga sendiri sahaja. Ayah sibuk dengan kerja di sekolah, emak juga sibuk dengan menanda kertas itu ini.

Begitulah 😊

 

Peribahasa :

Bagai kacang direbus satu

 

Maksudnya :

Melonjak kegirangan kerana mendapat untung.

 

#JurnalPenulisanOgos

Aina Dayana Hilmi

3 Ogos 2022

Leave a Reply

Open chat