Bahagia Berganda

Ada banyak perkara membawa bahagia. Namun ia mempunyai definisi berbeza bagi setiap individu. Dua penulis ini berjaya membawa kesedaran bahawa kebahagiaan itu bukan pada wang dan material semata tetapi apa jua nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.

 

Namakan apa sahaja. Nikmat membaca, menulis, makanan yang lazat, pakaian yang sempurna, ditimpa sakit demam, dilanda musibah, menjadi pelupa, nikmat membaca al-Quran, peluang mengembara mengelilingi dunia mahupun dianugerahkan anak yang sihat dan comel.

 

Menjadi kaya bukan kebahagiaan mutlak. Cuma bagaimana kita salurkan kekayaan inilah lebih mustahak.

 

Apakah amalan yang membahagiakan? Sudah pasti “Amalan semata-mata kerana Allah.” Saranan ketara dari baginda sollallahu alaihi wasallam :

 

Daripada Aisyah radiallahuanhu, daripada baginda sollallahu alaihi wasallam bersabda : Dua rakaat sunat fajar lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya. (Hadis riwayat Muslim, Jilid 2 : 696)

 

Atau seperti firman Allah dalam Surah Fatir ayat 29 :

 

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;

 

Indahnya peringatan Allah buat kita. Juga saya tertampan pada hadis ini mengenai bangun malam :

 

Allah turun ke langit dunia, ketika sepertiga malam masih tersisa, Allah menyeru, Adakah antara hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku supaya Aku makbulkan permintaannya? Adakah antara hamba-Ku yang meminta ampun kepada-Ku, supaya Aku mengampuninya? Adakah antara hamba-Ku yang meminta kepada-Ku supaya Aku memenuhinya?

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Manisnya nikmat beribadah apabila Allah kurniakan rasa itu. Ia bagaikan Bahagia Berganda buat diri.

 

Buku ke-37 / 2019

 

Aina Dayana Hilmi,

Berusaha menjadi lebih baik.

Terima kasih kerana memberi maklum balas :)

1
www.wasap.my/60133613516
Powered by
shares