Barang Keperluan Bersalin
Tak kira kandungan ke berapa pun, debar nak bersalin tetap ada. Ibaratnya bagai nyawa di hujung tanduk. Kali ini pula saya dijadualkan menjalani elective ceaser. Maknanya memang dah tahu akan bersalin secara pembedahan. Bukan suka-suka buat pilihan begini sebaliknya dibuat atas pertimbangan kesihatan.
Baik, ketika tarikh bersalin semakin hampir, ibu-ibu sudah boleh buat persediaan. Terpulang juga atas keperluan masing-masing. Saya biasanya sediakan barang untuk tempoh tiga hingga empat hari duduk di dalam wad.
Keperluan ibu
1. Quran dan buku zikir pagi petang
2. Kain batik
3. Baju menyusu
4. Baju discaj
5. Tudung, niqab (bagi yang berniqab)
6. Face mask
7. Tuala
8. Sudu, garfu, cawan, thermos, pinggan
9. Berus gigi dan ubat gigi
10. Sabun
11. Plastik (untuk isi baju kotor dan seumpamanya
12. Pad
13. Disposable panties
14. Kudapan (kurma, minuman 3 dalam 1, air kotak, biskut dll)
15. Minyak atau balm
16. Stoking
17. Charger telefon atau power bank
Keperluan bayi
1. Pampers
Kali ini saya menggunakan Pampers dari Momo House
2. Tisu basah juga dari Momo House
3. Selimut bayi
4. Baju, mitten, booties
Ada yang saya dapatkan di Shopee Momo House dan Fancy Baby
5. Minyak bayi @ balm
Sebahagian besar barang ini saya masukkan dalam beg plastik jenis zip lock dan dilabelkan. Mahu memudahkan suami membantu ketika saya berada di wad. Hospital swasta membenarkan suami menemani di dalam wad dan bilik bersalin (bagi ibu yang bersalin biasa).
Tenang-tenang sahaja ketika melalui proses bersalin walau hakikatnya ibu itu sendiri sahaja yang tahu betapa mencabarnya. Semoga ibu kuat semangat dan semoga cepat sembuh.
Jika ada yang mahu mencari bahan bacaan, antara yang saya boleh cadangkan ialah :
1. Majalah PaMa
2. Buku Detik Kelahiran Si Permata Hati
3. Buku Pink 1.0
4. Buku Pink 2.0
5. Buku Ibu Dibelai, Anak Dibuai
6. Kehamilan dari Prakonsepsi sehingga Kelahiran
7. Soal Jawab Bakal Ibu
8. Nasihat Pak Bidan Untuk Wanita
9. Diet Mak-mak
10. Tahniah, Anda Hamil!
11. Diari Hamil
Selamat membaca.