Bayi dan Tidur

Kelahiran bayi memang ditunggu-tunggu. Bagi ibu yang pertama kali mendapat cahaya mata, akan mengalami sedikit penyesuaian dengan rutin bayi yang berubah-ubah. Jangan terkejut jika bayi anda tidak tidur sepanjang malam! Aha… perlunya kita bersedia dengan ilmu dan memohon kerjasama pasangan dalam hal ini. Kalau tidak, ibu boleh menanggung beban stress akibat tidak cukup tidur dan rehat.

 

Rutin tidur bayi

Rutin Tidur Bayi.png

 

Bagaimana menenangkan bayi?

Dr Harvey Carp, seorang pakar kanak-kanak yang juga seorang Profesor di UCLA School of Medicine telah mendedahkan hasil kajian beliau dan tim mengenai penemuannya terhadap solusi bayi mententeramkan bayi menangis.

 

Teknik Cuddle Care

kung-san people.png
Kaum Kung-San.  Sumber gambar : dari sini

Teknik ini diaspirasikan dari puak Kung San dalam mententeramkan bayi mereka. Untuk pengetahuan semua, kaum Kuang San ialah kaum yang bebas daripada tantrum bayi! Bagaimana mereka lakukannya? Dr Harvey Carp telah menggabungkannya di dalam teknik Cuddle Care. Teknik ini dipanggil 5S iaitu :

 

1) Swaddle (bedung)

Bedung Bayimu.png
Sumber gambar : Pixabay.com

Balutan kemas pada tangan dan kaki bayi menyebabkan pergerakan mereka terkawal dan membolehkan bayi fokus melaksanakan 4S yang lain. Maka, bedung bukanlah satu perkara tidak baik untuk bayi comel anda ya.

Pastikan ciri keselamatan semasa membedung bayi. Jauhkan dari muka, jangan terlalu ketat, tidak terlalu mengunci pergerakan kaki dan tangan bayi, pastikan bayi tidak terlalu kepanasan dan membedung tidak lebih dari usia 3 bulan.

 

2. Side / stomach position (posisi sisi atau perut)

Posisi sisi.jpg
Sumber gambar : dari sini

Posisi ini merujuk kepada posisi bayi semasa di dalam Rahim. Maka, kedudukan bayi secara mengiring atau di atas perutnya mampu memberi keselesaan.

 

3. Sshing / soothing sound (bunyian menenangkan)

Soothing sound.png

Bunyian sshhh secara dekat mampu mententeramkan bayi. Menurut Pn Uswatun Hasanah, Kaunselor Bertauliah Tangisan Bayi Malaysia mengatakan bunyi ini yang dekat dengan bayi semasa dia di dalam kandungan. Bagaimana bayi sudah terbiasa dengan degupan jantung ibu, aliran darah dan sebagainya menjadikan irama ini sinonim dengannya.

 

4. Swing (ayunan)

swing baby.png
Sumber gambar : pixabay.com

Boleh hayunkan bayi untuk meredakan tangisannya sepertimana bayi sudah terbiasa “terhayun” mengikut pergerakan ibu semasa di dalam rahim lagi. Pastikan ibu ayah goyang bayi ya BUKAN menggoncang bayi. Ada beza keduanya 🙂

Kadang menidurkan bayi dengan menggoyangkan tangan meletihkan, apatah lagi bagi ibu yang baru bersalin perlukan cukup rehat. Maka ibu ayah boleh gunakan ini :

  • kain gendongan
  • buaian bayi
  • tepukan berirama
  • kerusi goyang bayi
  • berjalan
  • atau menaiki stroller bayi

Pn Uswatun Hasanah memberi tip menjadikan teknik ini berkesan :

  • Elak letakkan bayi yang sedang mengamuk ke dalam buaian. Ia tidak sesuai. tenangkan dahulu emosinya.
  • mulakan dari awal usia bayi.
  • Pastikan hanya buaian yang boleh dilaras ke belakang sahaja yang digunakan.
  • Menggunakan kelajuan yang sesuai.
  • Membedung bayi
  • Menggunakan bunyian yang mendamaikan.

 

5. Sucking (menghisap)

Bayi hisap jari.png

Membiarkan bayi menghisap puting atau jari buat sementara waktu bagi menenangkan dirinya. Mengikut kajian, bayi seawal usia 20 minggu di dalam kandungan sudah mempunyai tindakan refleks menghisap jari ini. Saya ada anak yang gemar menghisap jari sejak dari dalam pantang. Mulanya saya jadi “down” kerana tidak berjaya menghalang habitnya menghisap jari namun saya belajar bahawa bayi menghisap jari atas beberapa sebab :

1) Memberi rasa puas dan selamat

2) Merupakan refleks bertenang bayi

 

Semoga dengan artikel ini membantu anda – ibu ayah menenangkan bayi dariapda menangis dan tantrum. Kenali bayi anda, selepas berpuluh kali “berlatih” mendengar tangisannya, pasti anda akan dapat ketahui ritma dan apa yang diperlukan oleh bayi anda 😉

Terima kasih kerana memberi maklum balas :)

shares