Belajar sejarah melalui makanan

“Daripada makanan, kita boleh tahu sejarah sesuatu tempat.”

“Macam mana tu ummi?”
Anak yang sulung dah mula belajar subjek Sejarah di sekolah. Awal-awal dahulu memang dia tak faham kenapa kena hafal semua definisi ni.

“Sejarah ni apa-apa sahaja yang berlaku kak. Mesti ada sebab dan akibat. Contohnya, dulu kita buat majlis khatam Quran. Ingat tak 2 tahun lepas? Itu dah kira sejarah dah.”

Oooo. Dia mengangguk faham.

“Daripada makanan pula, cuba tengok. Makanan di sesuatu tempat berbeza-beza. Semua orang makan nasi kat negara kita. Tapi ingat tak kita balik Perlis dan pergi Terengganu, nasi mereka lain sikit? Ada yang guna beras siam sebab kedudukan mereka lebih hampir dengan Thailand. Jadi mudah dapat bekalan beras sana.”

“Ooo macam tu.”

Haah kakak.
Apa lagi Akak rasa makanan orang Melaka yang tak ada kat tempat lain?

Hmm.. asam pedas ke ummi?
Betul πŸ‘ Asam pedas Melaka namanya. Tapi kak, sebenarnya Johor pun ada Asam Pedas Johor. Hehe.

Uish.. dia geleng-gelengkan kepala. Banyaknya ummi.

Itulah sebab Allah jadikan kita manusia ni pelbagai bangsa, jenis tempat dan sebagainya. Tak lain kerana akhirnya kita alan lebih bersyukur dan menghargai nikmat yang Allah beri.

Seronok tau belajar sejarah. Ia bukan sekadar hafal buku teks. Ia lebih luas lagi maknanya.

Dia sengih je.
Ummi pun kalau dah bercerita susah nak berhenti 😁
Sekian subjek Sejarah dengan ummi semalam.

#bilaummiambilcuti

Leave a Reply

Open chat