Berkebun waktu PKP

Sudah lama kita terkurung asbab PKP kan? Entah berapa lama lagi perlu duduk di rumah ini. Angka hari ini mencatatkan lebih 20 ribu kes jangkitan di Malaysia. Ya Allah, semoga cepatlah wabak ini bersih dari bumi. Kami mohon ya Allah, ampunkan dosa kami.

Peringkat awal

Kegemaran ayah berbasikal sudah lama disimpan akibat PKP. Jadi ayah beralih kepada berkebun dan bercucuk tanam keliling rumah. Ada sayur-sayuran seperti sawi, bayam, jagung dan buah-buahan seperti pisang dan durian belanda. Gigih sungguh ayah menjaga setiap tanamannya. Lagi pula kebun pisang tiada pagar. Berjaga-jaga dari cik nyet.

Bulan puasa lalu, bahagian tepi rumah ini diubahsuai sedikit. Tembok ditinggikan, bilik air dikecilkan sedikit ruangnya kerana selepas diukur, sebahagiannya termasuk dalam tanah jiran. Maka tidak mahu mengambil risiko pada masa hadapan, kami ambil keputusan untuk pecahkan tembok tersebut. Nanti tak adalah isu berbangkit lagi. Mudah-mudahan.

Ayah bina tapak sendiri. Buat seorang. Di kala semua cucu sibuk berPDPR, yang si anaknya ini pun tidak sempat menjengah. Sibuk dengan urusan lain. Tahu-tahu sudah siap sahaja. Cantik batas yang dibuat. Sejak dahulu lagi ayah memang teliti, tapi bab garang pun memang tak ada siapa berani lawan. Kah! Ini antara gambar yang sempat diambil sebelum ini.

Sempatlah merasa beberapa batch sayur yang ditanam. Ayah biasanya akan bagi kepada besannya di kampung sebelah, besan berhampiran rumah dan saudara-mara. Semasa bulan puasa, ayah beri kepada frontliner di tempat adik bongsu bertugas. Suka jururawat dan staf di sana. Alhamdulillah. Sama-sama kongsi rezeki.

 

 

Batas awal

Sewaktu entri ini di taip, pokok pisang ayah Allah bagi jadi. Semua buah elok kejadiannya. Sempat juga peraih datang beli pisang. Banyak. Seronok ayah menjual. Ada orang beli untuk buat kerepek, ada yang beli untuk dijual semula. Itulah kan, berbudi kepada tanah. Allah bagi hasil melimpah-ruah.

 

Sesekali kami akan duduk di beranda dapur ini. Makan, minum petang, berbual dan anak-anak beraktiviti seperti membaca dan melukis. Ruang ini bersifat peribadi. Yang perempuan tak perlu menutup aurat sebab sekeliling sudah ditutup. Nak baking pun seronok. Sini dijadikan dapur kering.

 

 

Sayur sedang naik

Begitulah ayah mengisi masa sehari-hari sepanjang PKP ini. Kadang-kadang ke masjid. Tapi dua hari lepas ada beberapa orang jemaah masjid positif Covid, maka kembalilah semuanya solat berjemaah di rumah. Letih dengan situasi kini kan. Semoga ada sinarnya untuk Malaysia.

Leave a Reply

Open chat