Berpantang tenang

Alhamdulillah. Kali ini berpantang dengan tenang. Selain keperluan sendiri untuk berpantang sudah disiapkan awal-awal, saya turut sediakan keperluan untuk anak. Sementelah lagi bayi yang lahir ini pramatang, maka saya jarakkan sedikit pengambilannya.

Sebelum pakai balm Tasneem Naturel ini, saya buat patch test dahulu. Memang prosedur biasa sebelum kita sapu apa-apa pada kulit. Ini bagi melihat sama ada sesuatu produk itu sesuai dengan kulit kita atau pun tidak.

Patch Test

IMG_20190909_122735_739.jpg

Panduan membuat patch test ialah :

🌠 Bersihkan pelipat siku, bawah lengan dan pelipat di betis. Boleh juga bersihkan tapak kaki.

🌠 Sapu pada bahagian tersebut. Tunggu 2-3 jam.

🌠 Jika timbul reaksi pada bahagian berkenaan, basuh dengan segera.

🌠 Jika tiada reaksi, boleh sahaja gunakan produk Tasneem ke atas bayi.

Kit Harus Ada untuk Bayi

Saya gelar balm Tasneem sebagai #kitharusada untuk bayi. Memang balmnya banyak. 5 jenis. Setiap satu balm ini ada 7 hingga 8 essential oil di dalamnya tapi HQ tidaklah claim boleh selesaikan 8 masalah. Sebaliknya Tasneem Naturel fokus pada 1 fungsi utama. Nanti overclaim pula.

IMG_20190909_113539_848.jpg

5 jenis balm Tasneem Naturel :

💜 Sleep Time – membantu tidur yang lena. Bagus untuk anak susah tidur atau dibawa semasa bermusafir.

💚 Calm Time – memberi keselesaan dan lebih tenang. Berguna untuk anak yang kerap menangis dan tantrum.

❤️ CF-rub – membantu masalah batuk, selsema dan demam ringan. Sangat disyorkan untuk bayi sebab bayi bawah dua tahun tiada ubat jika terkena sakit ini, kan?

💛 T-Rub – membantu masalah perut samada sembelit, cirit birit, kembung, angin dan selainnya.

💙 Skeenz – khas untuk kulit. Samada gigitan nyamuk serangga, ruam melecet atau eczema. Ada argan oil yang sangat bagus untuk kulit.

Teman baik Ahla

Semasa berpantang saya memang pakai hand sanitizer, balm T-rub, balm Skeenz dan massage oil. Doktor yang menggalakkan penggunaan hand sanitizer kerana bayi pramatang ini ‘fragile’. Jadi sebelum pegang bayi, selepas tukarkan pampers, selepas mandikan bayi semua saya pakai hand sanitizer ini.

PhotoGrid_1568449445460

Hand Sanitizer Berry berbau manis sahaja. Bahan di dalamnya pula mengandungi :

🌿 Ekstrak daun sireh
🌿 Aloevera
🌿 Cinnamon oil
🌿 Citronella
🌿 Wildberry

Kesemua EO di atas mempunyai kesan yang baik terhadap kulit.

Hand Sanitizer kini sudah berwajah baru 🤗

IMG_20190914_185100_708.jpg

Balm T-rub sudah jadi rutin saya sapukan ke perut Ahla selepas mandi dan setiap kali menukar lampin pakai buangnya. Dengan izin Allah, Ahla tiada masalah membuang air besar. Lancar sahaja. Alhamdulillah.

T-rub memang diadun untuk membantu masalah sembelit, cirit-birit, kembung dan angin pada bayi selain membantu kelancaran membuang air besar. Ahla pun kurang meragam dan selesa.

IMG-20190827-WA0039.jpg

Balm T-rub

Balm Skeenz secara umumnya membantu masalah kulit bayi. Memang stand by Skeenz sebab maklum cuaca panas sekarang. Anak saya bila berpeluh akan naik ruam pada leher, kepala, muka dan pelipat.

IMG-20190827-WA0005.jpg

Paling suka massage oil dia. (Kini Massage Oil dibuat penjenamaan semula dengan mama Resty Oil). Suka sangat baunya. Seperti bau lemon atau buah oren. Ahla paling gemar diurut. Badannya akan cepat memberi respon bila diurut dan tersenyum-senyum. Macam faham sahaja ya dik.

IMG_20190914_191205_615.jpg

 

Kini usia Ahla sudah 3 bulan. Saya masih meneruskan pakai Tasneem Naturel. Alhamdulillah, Allah beri izin serasi dengannya. Kini saya tambah dengan mandian bayi Calm Bath. Baby harum bau limau. Hihi. Lepas Mandi, sapukan balm Calm untuk bagi Ahla tenang.

IMG_20190914_191727.jpg

Ibu-ibu nak sediakan kelengkapan anak dengan bahan natural pun boleh guna ini. Apa pun terpulang pada keselesaan masing-masing. Ada banyak produk natural dan organik di pasaran. Bacalah isi kandungannya dan memilih mengikut kesesuaian. Jumpa lagi 🤗

Leave a Reply