Bila Anak Batuk – Kenali Tanda Asma

Bila ada anak yang tak sihat di rumah, lagi pula ada pelbagai peringkat umur anak, jangan biarkan mereka cium baby jika ada. Adik yang masih kecil ini lebih cepat terkena jangkitan. Pengalaman kami sekeluarga dahulu, lepas seorang, seorang terkena batuk dan selsema. Lambat sedikit sahaja rawat, akan demamlah anak-anak.

Batuk yang tidak serius akan sembuh selepas dirawat. Namun, ada juga yang melarat sehingga perlu mendapat rawatan lebih lanjut.

Ciri Batuk Serius

Disebabkan saya penghidap asma, apabila anak-anak mula batuk saya akan lebih berhati-hati. Kadang kala boleh dikenal pasti batuknya jenis bagaimana. Menurut Dr Mohamad Nazir Abu Bakar, Pakar Pediatrik Salam Shah Alam Specialist Hospital, tanda-tanda batuk serius ialah :

  • Anak jadi tercungap-cungap apabila batuk
  • Dada anak bergelora dan berombak
  • Anak jadi sukar bernafas
  • Susah untuk tidur lena
  • Nafasnya jadi berbunyi (wheezing)
  • Batuk dan selsema yang dihidapi berlanjutan sehingga melebihi 5 hari
  • Batuk dan selsema ini datang bersama demam tinggi 38˚C bagi bayi berumur 6 bulan ke bawah dan 39˚C bagi bayi berusia bawah setahun

Saya masih ingat kejadian dua tahun lepas di mana anak sulung saya batuk teruk dan lama. Ketika kami bawa dia mendapatkan rawatan, doktor bertugas memaklumkan ini bukan lelah dan tak perlu ambil nebuliser. Namun gerak hati saya mengatakan anak perlu ambil nebuliser. Namun saya tidak membantah kata doktor . Kami hanya ambil ubat dan pulang.

Malam itu, saya perhatikan tanda-tanda asma anak menyerang. Dadanya berombak, tidur bersusun 3-4 biji bantal dan anak sukar tidur. Namun dia terlelap asbab ubat yang dimakan. Keesokan paginya saya segera bawa ke klinik kesihatan berdekatan untuk mendapat rawatan. Allahu Allah, oksigen dalam badan sudah jatuh ke paras 92% dan selepas 2 kali nebuliser pun masih belum baik. Anak terus dirujuk ke hospital besar dan didiagnosis terkena pneumonia.

Apa itu Asma?

Asma ialah sebuah penyakit yang memberi kesan kepada saluran pernafasan di bahagian paru-paru akibat keradangan. Asma menyebabkan pesakit menjadi lebih sensitif kepada habuk, asap dan kuman serta agen alahan yang lain. Apabila terhidu semua ini, sistem imun badan akan cepat bertindak balas mengakibatkan saluran pernafasan bengkak, otot di sekeliling saluran pernafasan mengecut dan banyak mukus dihasilkan. Inilah sebabnya mengapa pesakit sukar bernafas dan dada berbunyi.

Faktor pembawa asma

Menurut Dr Farin Masra, doktor perubatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kanak-kanak mungkin mengalami asma jika :

  • Kerap alami sukar bernafas, batuk dan nafas berbunyi bukan sahaja semasa demam, batuk dan selsema malah ketika cuaca sejuk, semasa bermain, pada waktu malam atau awal pagi.
  • Mempunyai gejala di atas dan mempunyai salah satu ciri berikut :
  • Alahan kulit (eczema)
  • Alahan makanan
  • Resdung
  • Sejarah keluarga

 

Kenali Faktor Pencetus Asma

Bagi saya sendiri, trigger factor ini bagai berubah-ubah. Jika semasa kecil dahulu, saya memang pantang dengan cuaca sejuk dan minuman sejuk dan aiskrim. Pasti terkena serangan andai saya melanggar pantang. Namun menginjak dewasa, akhir-akhir ini saya sangat alah dengan asap rokok dan asap daripada pembakaran terbuka.

Can-an-Air-Purifier-Ease-Your-Childs-Asthma-Symptoms-Picture-1.jpg

Sumber gambar : lelakisihat.com

Jenis ubat untuk pesakit Asma

Ada banyak jenis. Ada yang boleh makan pil sahaja, ada yang cukup dengan mengambil nebuliser sahaja. Perlu bertemu doktor untuk dapatkan rawatan yang betul.

neb.jpg

Sumber gambar : dari sini

Biasanya pesakit asma yang teruk memang sinonim dengan inhaler. Ada macam-macam warna inhaler. Bagi saya yang mula memakai inhaler sejak usia 9 tahun, pernah kenal dengan inhlaer biru sahaja (ventolin). Tapi sudah di hujung usia ini, jumpa dengan pelbagai warna pula. Hee.. Setiap warna mewakili fungsi yang berbeza ya.

Contohnya inhaler biru ini ialah ventolin inhaler. Hanya pakai apabila diserang asma sahaja.

ventolin inhaler.jpg

Ini pula Budesonide. Doktor panggil ventolin warna coklat 🙂 Ini inhaler untuk pencegahan. Kena ambil 2 dos pagi dan 2 dos malam.

budesonide.jpg

Sedihnya apabila Budesonide ini pun tidak dapat mengawal kekerapan saya terkena lelah mulai bulan lalu. Maka, doktor tukarkan lagi ubat saya kepada Seretide Accuhaler. Warna ungu. Memang teruja sedikit masa dapat ubat ini. Packaging comel. Warna ungu pula tu, Apa pun semuanya steroid. Huhu.

accuhaler.gif

 

Semoga entri ini membantu anda. Jumpa lagi.

 

* Sumber bahan daripada Majalah Demi Cinta Isu 4 dan Majalah PaMa Ogos 2018

Terima kasih kerana memberi maklum balas :)

shares