Bukan sekadar hafaz Quran, perlu tahu juga maknanya

Sejak kembali ke rumah (baca : cuti tanpa gaji) rutin harian sama sibuknya dengan semasa bekerja dahulu. Saya masih meneruskan aktiviti membantu mengajar kelas mengaji di rumah, di bangunan wakaf dan terbaru di masjid kampung.

Hari itu kelas mengaji di masjid kampung kami berjalan seperti biasa. Kehadiran penuh alhamdulillah. Maklumlah ada minggu yang sedikit bilangan murid kerana mereka ada urusan lain seperti menghadiri kelas tambahan atau pulang ke kampung.

Di pertengahan kelas, tumpuan anak-anak lelaki mula berkurang. Masing-masing sudah tidak menghadap Quran masing-masing.

Saya duduk berhampiran mereka dan salah seorang daripadanya sedang menghafaz surah An-Naba’.

“Kamu tahu tak Surah An-Naba’ cerita pasal apa?” Mereka menggelengkan kepala. “Baik, cuba baca terjemahannya.” Lalu mereka beramai-ramai merujuk quran dan membaca dengan perlahan.

“Ustazah, banyaknya cerita dalam ni!,” Kata anak murid yang berkopiah putih itu. “Ya, dalam al-Quran ada macam-macam cerita yang Allah sampaikan pada kita.

IMG-20200223-WA0007

Kita baca, hafaz, amal. Bukan saje-saje je nak suruh menghafaz ni tau. Sebab itu Quran dikatakan panduan untuk manusia.

Dalam Surah An-Naba’, Allah buka surah dengan cerita orang bertanya-tanya. Tanya tentang apa? Ya, hari akhirat.

Kemudian Allah sebutkan kejadian yang Dia buat. Apa yang Allah sebut dalam tu?”

Bumi
Gunung-ganang
Pasangan
Tidur

Dan lain-lain.

“Kamu nak tahu? Apa sahaja yang Allah sebut ini adalah ciptaan Allah yang sangat hebat. Cuba sekali kamu tak dibenarkan tidur malam. Apa akan jadi? Atau bumi asyik bergegar je , seronok tak hidup?”

Takkkk. Pantas mereka jawab šŸ¤­

“Jadi kita kenalah ikut cakap Allah. Ada doa tau. Cuba buka Surah Ali-Imran ayat 191. Boleh kaitkan tak apa saya cakap tadi?”

“Boleh ustazah. Semua ni Allah cipta. Dan semuanya bukan saje-saje Allah cipta. Betul tak ustazah?”

IMG-20200229-WA0014

Betul anak-anak. Ok, dah tahu apa yang kamu hafaz? Sekarang boleh sambung ye. “Alaaa ustazah sambunglah cerita lagi.”

šŸ˜…šŸ˜…
“Esok pula ye. Surah lain insya Allah.” Anak-anak ini tersenyum dan pulang ke tempat duduk masing-masing.

Dalam diam saya muhasabah diri juga. Betapa anak-anak ini minat untuk menghafaz tetapi perlu juga mengetahui apa yang dibaca. Kita? Baca quran pun rasa berat, lagi kan pula nak membaca terjemahan šŸ˜¢

Saya tahu ada sesuatu yang perlu saya buat. Mulakan hari ini. Bacalah al-Quran, lazimi terjemahan dan berusahalah mengingati ayat-Nya. Doakan kami sekeluarga juga ya.

Jemput berukhwah di t.me/InfoIbuAnakbyAina

Aina Dayana Hilmi,
Usaha jadi baik.

Leave a Reply