Buku Allah’s Little Star oleh Dr Anayasmin Azmi

“Bila kamu nak ajar anak kecil menyanyi lagu kanak-kanak, pastikan lirik lagu itu ada makna yang baik. Bukan suka-suka sahaja nak menyanyi.” Pesanan Ms Edna Wellington terngiang-ngiang lagi dalam ingatan. Waktu itu, kelas Pendidikan Muzik kami diberi tugasan mencari lagu kanak-kanak dan memainkannya dengan keyboard. Ada kawan membawakan lagu “Nenek, nenek si bongkok tiga” namun disoal oleh Miss Edna.

“Apa kebaikan dalam lagu ini? Nenek kahwin dengan anak raja? Kamu rasa apa yang anak kecil dapat dari lagu ini?” Dalam ketawa lucu, kami menyedari ada benarnya kata-kata beliau. Kelas Muzik ini membuka minda saya yang ketika itu baru sahaja bergelar guru pelatih di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras. Saya baru tersedar apa sahaja yang dibuat perlulah ada makna dan membawa nilai baik.

Ilmu yang diperolehi itu menjadi ingatan buat saya di kemudian hari apabila ingin mengajar anak murid dan anak sendiri.

 

Melahirkan anak minat membaca

Selepas melahirkan anak pertama, saya mula mencari buku islamik untuk kanak-kanak bagi memberi pendedahan awal yang bertemakan tauhid kepada Allah. Kebanyakan yang saya temui adalah keluaran luar negara dan harganya agak tinggi. Akhirnya ada seorang kawan memperkenalkan buku-buku daripada Dr Anayasmin Azmi. Waktu itu baru ada lima atau enam buah telah sedia ada di pasaran. Kini sudah melebihi 10 buah buku!

Berikut ialah buku kanak-kanak daripada Dr Anayasmin Azmi :

  1. Safeeya and Kitty Playing In The Rain
  2. Allah’s Little Star (cetakan kulit keras dan kulit lembut)
  3. Have You Ever Wondered?
  4. 5 Minutes Bedtime Reminders
  5. My Amazing Super Power (cetakan kulit keras dan kulit lembut)
  6. Ziyad and Tiger Adventures ; Animals from Quran
  7. Robo Belajar Tentang Manusia
  8. 70+ Aktiviti Cinta Al-Quran
  9. The Girl and The Book
  10. Ziyad and Tiger Light Bulb!
  11. Ziyad and Tiger Millipede Hunt

 

IMG_20191116_141236_670

Sebahagian koleksi buku Dr Anayasmin

 

Allah’s Little Star

IMG_20191116_141221_325

Buku Allah’s Little Star merupakan buku terawal yang saya beli. Buku ini mengambil tema lagu Twinkle, Twinkle Little Star tetapi diubah liriknya kepada mentauhidkan Allah. Buku cerita bergambar ini bersaiz lebih kurang 20.3cm x 20.3cm (8″ x 8″)  dan setebal 25 muka surat. Kertasnya daripada jenis kilat (glossy paper). Harga bagi buku kulit lembut ialah RM14.00 dan buku berkulit keras ialah RM20.00.

Nursery rhymes mengambil lagu yang popular kerana mudah dikenali. Pededahan kepada buku seumpama ini mampu menarik minat anak kecil untuk sukakan buku. Antara lirik yang menarik perhatian :

Twinkle-twinkle little star

How I wonder what you are

Allah is the One, Allahuakbar

Allah created all the planets and the stars

IMG_20191116_140339.jpg

 

Up above the world so high

Like a diamond in the sky

Allah the Most Merciful, Most High

He made everything in the world and in the sky

IMG_20191116_140319.jpg

 

Twinkle-twinkle little star

How I wonder what you are

The secret to success like a star

Understand and practice Quran where ever we are

IMG_20191116_140246.jpg

 

Semua buku Dr Anayasmin konsisten menyampaikan mesej supaya berpegang teguh dengan al-Quran. Dalam buku My Amazing Super Power juga disebutkan perisai yang paling kuat ialah Eeman, membaca dan memahami al-Quran. Ditambah lagi dengn ilustrasi yang jelas sangat bagus untuk bacaan dan kefahaman anak-anak. Seronok!

 

Bacakan anak buku

Ahla, 5 bulan sudah mula menunjukkan perkembangan positif. Dia akan jadi teruja dan fokus apabila ternampak buku atau dibacakan buku seperti ini 😃 Alhamdulillah, kakak dan abangnya pun rajin melayan si kecil ini.

IMG_20191116_142952.jpg

Beberapa waktu kebelakangan ini, semakin rancak kempen membacakan anak buku. Antara beberapa orang tokoh yang dihormati menggalakkan dan menyebar info berkaitan ini ialah Dr Adib Samuri, Dr Putri Afzan Maria, Pn Maryam Thohara dan beberapa orang lagi. Mengikut kajian, dapatan mendapati mendedahkan anak-anak dengan buku seawal usia mampu merangsang perkembangan kognitif mereka.

Lihat gambar di bawah ini.

IMG_20191116_141859_839.jpg

Tahu tak, dengan membacakan buku pada anak sebenarnya kita menambah ‘connectivity’ pada otak anak. Gambar ini menunjukkan ilustrasi otak anak yang diberi intervention (dibacakan buku) selama 10 minggu menunjukkan pertambahan hubungan pada otak anak autism.

Sumber: Visualizing and Verbalizing Program, the intervention was developed by educator Nanci Bell and speech-language pathologist Patricia Lindamood.

 

Mulakan sekarang

lightbulbposter_lightup.jpg

Sumber gambar : Read Aloud

 

Sebarang pertanyaan tentang buku Dr Anayasmin ini, boleh hubungi saya 😃 Untuk perkongsian lain, jemput sama memeriahkan perbincangan. Klik sini.

 

Aina Dayana Hilmi,

Mencipta memori bersama anak.

2 thoughts on “Buku Allah’s Little Star oleh Dr Anayasmin Azmi

  1. rajinnya aina membaca. patutlah byk ilmu dan boleh jd cikgu utk ank ank. tahniah aina gunakan masa dgn faedah. i admire u

Leave a Reply

Open chat