Buku Kita Mesti Menang!
“Yang, tolong ‘sign’. Ni untuk GB.”
Dia capai pen dan termenung.
“Nak tulis apa?”
Ku tergelak kecil.
“Tulislah sikit, sign dan letak tarikh.”
“Ok, satu ni je kan?”
“Satu? 80 buahlah.”
Dia buat muka 😱
Haha.. nasiblah dapat isteri cenggini.
Suami jenis humble, isteri pula banyak cakap.
Buku Kita Mesti Menang!
Alhamdulillah sewaktu dalam PKP, seramai 20 orang guru yang bergelar Daie Pena merancang satu projek penulisan bermakna untuk ummah. Mudah-mudahan ia menjadi suntikan semangat dan memberi manfaat kepada pembaca.
Buku istimewa ini tiada dijual di kedai-kedai. Edisi ini hanya boleh didapati dari saya dan rakan penulis lain. Antara yang terkandung di dalamnya :
✅Mengejar mauripan!
✅Imam Interim!
✅Zoom ala ka zoom!
✅Guru frontliner!
✅Log Masuk 100%
✅Sahaja Aku Berkurung!


Dan banyak lagi tajuk serta anekdot yang mencuit hati.
Cetakan terhad lagi istimewa ❤️
Majlis Pelancaran Buku Kita Mesti Menang
Alhamdulillah 18 Julai lalu bertempat di Kelab Tasik Putrajaya, satu majlis kecil tetapi meriah berlangsung dengan kehadiran tetamu VIP, Tuan Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia sebagai perasmi.
Sesi bersama beliau sangat memberi pencerahan. Beliau orang yang banyak idea, bernas percakapan dan salah satu kata-kata menarik beliau : Ada banyak jalan ke syurga…
Dan semoga dengan menulis ini menjadi asbab kita masuk ke syurga.
Terima kasih kepada pihak penyelenggara antologi, Ust Ruzain Syukur dan Ust Sharifudin, editor antologi, Tuan MK Riza serta semua rakan guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sehingga terhasilnya naskhah merah berani ini 😊
Alhamdulillah sebanyak hampir 600 naskhah telah ditempah dalam tempoh pra tempah dan buku ini sudah memasuki cetakan kedua. Semoga buku ini dapat sampai ke segenap lapisan masyarakat.
Sumbangan ke sekolah
Saya berkesempatan berkunjung ke sekolah menyerahkan buku kepada pihak Pusat Sumber Sekolah. Memandangkan saya masih bercuti tanpa gaji, jadi saya serahkan kepada Guru Besar SK Pendidikan Khas Melaka kerana Guru Perpustakaan dan Media tiada di sekolah ketika itu.
Pembaca buku Kita Mesti Menang
Buku ini berharga RM20 sahaja senaskhah. Berminat untuk memilikinya, boleh hubungi saya di sini ❤️
Aina Dayana Hilmi,
Terus menarikan pena.
#apabilasuamiisterimenulis
#KitaMestiMenang
#AkademiDaiePena
#MalaysiaMembaca