Buku Lelaki Pawana Cinta
Selesai penerbitan buku Kisah Mengaji Dulu-dulu, buku Lelaki Pawana Cinta di bawah terbitan Writer’s Write pula menyusul. Mungkin disebabkan PKP yang dikuatkuasa, penerbitan buku mengambil masa sedikit. Lelaki Pawana Cinta ialah karya saya yang kelima insya-Allah. Ia merupakan sebuah buku antologi bersama 34 orang penulis lain.
Imbas kembali, tahun 2020, saya mendaftar memasuki Bengkel Kisah Hidup (BKH) Sri Diah kawasan Kuala Lumpur / Selangor namun dek kerana kes Covid-19 semakin meningkat dan pengumuman PKP 2.0 berlaku, maka kelas ditukar kepada mod atas talian. Waktu itu diberi pilihan dipulangkan duit atau teruskan.
Para peserta seramai 300 lebih dibahagikan kepada 12 kumpulan dan diberi tema Legasi Abah. Tahun 2020 mereka berjaya menerbitkan Legasi Emak sebanyak 8 buah buku. Tahun ini diteruskan lagi dengan tema yang lain. LA7 atau kumpulan 7 menjadi medan ukhwah saya bersama teman sepasukan menggembleng tenaga dalam antologi Lelaki Pawana Cinta.
Terima kasih kepada ketua penyelaras kami, Pn Nur Syukrina Khalil atau lebih mesra dipanggil Syuk yang sangat kreatif dan santun melayani pelbagai persoalan dan memberi tunjuk ajar. Beliau sangat mahir dengan teknologi IT dan multimedia. Kagum dengan kesungguhan beliau.
Mak Sri sangat tersusun perancangannya. Ada sahaja kejutan yang menanti kami. Tugasan demi tugasan juga tidak putus bagi membantu kami mengekalkan momentum menulis dan mewar-warkan hasil karya. Bak kata beliau, kita bukan sekadar penulis tetapi seorang saudagar perkataan.
Selain tip penulisan, Mak Sri memberi panduan menyusun konten, merancang promosi, aktif bersilaturrahim dengan rakan penulis yang lain, meluaskan jaringan ukhwah dan kaya dengan idea baru. Agaknya minda beliau sentiasa ligat berfikir ya?
Baiklah tidak membuang masa, saya memperkenalkan Lelaki Pawana Cinta. Setiap foto “ayahanda” yang melatari kulit hadapan buku bagai menyimpan makna tersirat. Begitulah seorang ayah.
Dalam diamnya ada kasih sayang.
Dalam seriusnya ada harapan.
Dalam menungnya ada doa.
Cikgu Apek
Saya menulis tentang ayah dengan tajuk “Cikgu Apek”. Matanya yang sepet serta berkulit cerah nampaknya menurun kepada anak keempat saya. Sekali pandang macam ada iras anak cina. Padahal tiada pun. Atau mungkin ada sedikit keturunan Siam. Ayah memang berasal dari Perlis.
Zaman sekolah rendah, saya adik-beradik mengikut ayah ke sekolah. Ayah seorang jurulatih bola sepak sekolah, guru tahap 2 dan berbakat melukis mural di dinding sekolah. Walaupun ayah guru badan disiplin, tapi tidak seorang pun anaknya dibenarkan menjadi pengawas. Bagus juga, kan? Sebab kami tahu kami semua pemalu dan penakut dengan orang. Haha.
Bagi kalian yang sudi mendapatkan buku ini, boleh hubungi saya untuk pembelian. Harga buku RM38 termasuk pos Semenanjung. Insya-Allah ada hadiah iringan buat anda yang sudi. Selamat membaca.
Baru sempat singgah hantaran kak Aina~ Terima kasih kerana terus menulis kisah hidup moga memberi hikmah kepada legasi mendatang.
Jazaakillahu khaira Syuk yang sentiasa bersemangat 😃