Buku Maisya and Her Grandparents

Terujanya anak-anak menerima Maisya and Her Grandparents! Ummi pun sama. Hihi. Buku ini ialah buku terbaru dari Ummi Shahbatun Abu Bakar. Buku ini mengajak anak-anak mengenali Allah sebagai Pemberi Rezeki. Penerapan akidah disampaikan kepada anak-anak melalui penceritaan yang menarik sekali.

Bukunya juga besar. Bersaiz 8″ x 8″ dengan ketebalan 28 muka surat. Kertas daripada jenis glossy (berkilat) Dan harga RM18.00 sebuah. Semuanya soft cover.

67612197_406834916619980_4875389949475553280_n

IMG_20190916_192203.jpgIMG_20190916_192217.jpg

Dalam buku ini juga anak mengetahui kejadian lidah yang Allah jadikan sebenarnya memberi manfaat kepada manusia. Ada banyak reseptor pada lidah membolehkan kita merasa makanan dan Allah jadikan beberapa bahagian pada lidah yang membantu kita membezakan empat rasa utama iaitu manis, masam, masin dan pahit.

IMG_20190916_182237

Sekurang-kurangnya 5 aktiviti telah kami buat berdasarkan buku Maisya and Her Grandparents ini. Saya kongsikan di sini sebagai idea :

1) Menguji kemahiran mengeja anak-anak.
Anak-anak namakan benda yang ada pada gambar. Tidak kira apa pun.

IMG_20190916_181535

2) Mengenali benda hidup dan benda bukan hidup.
Benda hidup terdiri daripada manusia, haiwan dan tumbuhan. Manakala benda buka hidup ialah selain daripada tiga kategori ini. Anak nombor tiga seronok buat ini. Mungkin sebab terasa ummi bagi perhatian pada dia kot. Huhu.. Ummi busy je dengan baby baru.
Benda hidup anak tulis ata kertas hijau dan benda bukan hidup anak tulis atas kertas kuning.

IMG_20190916_181604

3) Kemahiran mengira

Disebabkan aktiviti ini untuk anak nombor tiga yang berusia 5 tahun, saya fikirkan aktiviti mengira dengan cara ini. Disebabkan tiada komputer, saya terpaksa lukiskan secara manual dengan tangan. Asma’ dapat mengira semua haiwan dengan betul. Tahniah!

PhotoGrid_1568629653227.jpg

4) Mencari kata kerja
Aktiviti ini untuk anak sulung dan anak kedua saya. Dalam membantu mereka menguasai bahasa inggeris, perkukuhkan perbendaharaan kata mereka dengan cara begini. Semoga anak-anak lebih cepat memahami apa yang dipelajari.

5) Aktiviti gunting dan tampal
Ahaaa ini aktiviti yang paling Asma’ suka! Memang hobi menggunting itu sejak usianya 2 tahun. Huhu jenuh ummi nak mengutip sisa kertas yang kecil-kecil tu. Dengan aktiviti ini lama juga dia boleh fokus. Ummi pun bolehlah buat kerja lain.

Cuma satu sahaja , kena asingkan Abdurrahman daripada dia. Boleh jadi gaduh bila Abdurrahman ni mengacau 😅

Saya berikan pelbagai jenis makanan dan Asma’ akan sorting gambar mengikut kategorinya. Sama ada makanan itu masam, masin, manis, pahit atau pedas.

IMG_20190916_183256.jpg

Cadangan lain untuk aktiviti berdasarkan buku Maisya and Her Grandparents :

1) Permainan domino makanan
2) Membuat bubur nasi
3) Memperkenalkan tekstur makanan
4) Melukis lidah dan bahagian rasa

Sebut pasal bubur nasi, dah terbayang-bayang bubur nasi mak. Heheh. Mak saya biasa buat yang simple sahaja tapi sedap sungguh pada tekak kami  😘

Mak tumiskan bawang besar, masukkan sedikit rempah sup, masukkan 1 cawan beras, 5 cawan air dan perencah seperti udang atau ayam atau daging, kentang, lobak, mixed vege.

Yummy!

Oh ya, bagi yang nak bertanya lanjut tentang buku ini boleh sahaja hubungi saya. Selamat membaca bersama anak 💗

Leave a Reply

Open chat