Buku Mak, Siapa Allah?

Membaca kuat atau read aloud dengan anak-anak membantu luaskan penguasaan perbendaharaan kata mereka selain membina hubungan lebih rapat dan memberi pengalaman.

Boleh juga buat aktiviti berdasarkan buku. Antaranya :

Soal Jawab
Teka-teki
Permainan bahasa
Seni dan kraf
Mencuba resipi

Dan senarai berterusan.

Kredit gambar : Pn Siti Norlaila Mat Isa

Buku Mak, Siapa Allah? juga tak terkecuali. Buku ini ditulis oleh Pn Siti Aminah Sulaiman pengasas QuranicParenting.com. Pernah menghasilkan sebuah buku kanak-kanak bertema Surah al-Fil beberapa tahun lepas dengan ilustrasi daripada lego mini. Buku yang menarik dengan pakej tanah liat sebagai aktiviti tambahan buku tersebut.

Secara asasnya, buku Mak, Siapa Allah? ini digemari oleh anak-anak. Banyak faktor yang menyumbang :

1. Ilustrasi menarik.
2. Cerita yang dekat dengan kehidupan seharian anak.
3. Gambar ilustrasi mampu berbicara tanpa teks.
4. Laras bahasa kanak-kanak.

Buku ini dibeli ketika promosi pengenalan beli buku percuma dua item dengan harga RM59. Setiap pembelian akan dapat :

1. Sebuah buku cerita Mak, Siapa Allah?
2. Sebuah buku Tafakur for kids.
3. Sebuah carta mengenal jenis awan.
4. Sebuah kertas lukisan mewarna bersama ibu dan anak.

Buku cerita ini dicetak dalam bentuk kulit keras dan bersaiz A4. Memang besar, puas hati baca bila letak anak kecil atas riba. Matanya fokus melihat buku bergambar ini.

Aktiviti berdasarkan buku

Buat masa ini anak-anak lebih kepada aktiviti mewarna jadi kita reka tema aktiviti mewarnalah ya.

1) Warnakan perkataan Ar-Rahman.

Ada disebutkan tentang Allah ar-Rahman yang menjadikan hujan dan alam sekitar yang cantik ini untuk makhluknya.

2) Belajar 1 sunnah nabi iaitu membaca doa ketika melihat buah-buahan masak.

Dalam buku ini, pokok mangganya lebat dan nampak lazat. Ada anak kawan sebut buku ini sebagai “buku mango”. Maksud doa ini bagus. Mohon Allah tambah kebaikan pada nikmat yang diberi. Warna juga latar doa ini.

3) Belajar tentang pokok mangga.

Lihat buah mangganya, lebat bukan?

Pengenalan kepada anak kecil. Labelkan bahagian pokok yang asas seperti batang, dahan, akar, daun dan buah mangga. Dah siap tulis, warnakan.

4) Menamakan objek.

Teknik HOTS diaplikasikan. HOTS ialah Higher Order Thinking Skills. Satu kemahiran mendidik anak mengeluarkan buah fikiran terhadap sesuatu. Menamakan objek pada gambar juga salah satu aktiviti ini. Biasanya saya ambil peluang mengajar bahasa dan memperkaya perbendaharaan kata anak. Terutama bagi anak kecil di bawah usia enam tahun.

5) Belajar jenis awan

Awan cirrus pada waktu ini

Seronok betul ada carta ini. Sesekali anak keluar rumah dan lihat awan jenis apakah pada waktu tersebut. Seingat saya, pernah belajar tentang awan dalam subjek geografi sekolah menengah. Dalam banyak-banyak awan, saya hanya ingat awan komulonimbus sebab awannya besar berkepul-kepul. Untung anak-anak kini ada bahan belajar dalam bentuk yang lebih menarik.

Seronok, kan buku “Mak, Siapa Allah?” ini? Boleh dapatkan buku ini dengan harga RM69. Menunggu cetakan seterusnya siap. Nantikan pengumumannya. Mana tahu ada promosi menarik menanti!

 

Mahu dapatkan set ini? Jemput klik sini untuk tempahan.

Selamat bereksplorasi dengan buku!

1 thought on “Buku Mak, Siapa Allah?

  1. Saya dapat ilmu baru. Teknik HOTS, menarik, mak-mak juga dapat menajamkan minda sambil menggunakan teknik ni kepada anak-anak.

    Suka sangat

Leave a Reply

Open chat