Bulat segiling, pecak setapik
Penantian jawapan hampir dua bulan itu sudah berakhir. Aku dapat merasakan kelegaan di kedua-dua belah pihak. Entahlah bagaimana harus kuterjemah dengan kata-kata. Hanya mengikut sahaja aturan orang tua.
Sudah bulat segiling, pecah setapik urusan seterusnya. Dari bab majlis bertunang hingga walimah, mak ayah yang uruskan. Aku masih berada di kampus. Kami tidak menetapkan jumlah tertentu untuk hantaran dan kenduri. Mana yang mudah untuk pihak lelaki sahaja.
Sekadar ingatan seimbas lalu. Kini melewati usia 13 tahun perkahwinan, ada pasang surutnya dalam berumah tangga. Allah beri ikut kemampuan kita. Benar sekali pilihlah yang beragama, maka yang lain menjadi bonusnya. Wallahualam.
Peribahasa :
Bulat segiling, pecak setapik
Maksud :
Telah sepakat benar-benar
Aina Dayana Hilmi,
5 Ogos 2022