Cabaran pekerjaan

Setiap hari bersyukur kerana Allah berikan pekerjaan di saat ramai lagi di luar sana belum mendapat pekerjaan. Perjalananku boleh dikatakan tidak banyak cabaran kerana selepas SPM, memasuki matrikulasi, KuTKM dan seterusnya maktab perguruan. Selepas tamat ijazah sarjana muda, terus ditempatkan di sekolah sekarang. Hanya inilah satu-satunya sekolah aku berkhidmat setakat ini.

Sudah merasa pentadbiran di bawah ramai guru besar. Setiap orang ada corak pemerintahan sendiri. Berada lama dalam sesuatu organisasi (sekolah) membuatkan aku memerlukan suasana lain untuk menyegarkan kembali misi, visi dan cara mengajar. Lalu, kuintai peluang berkursus dan program dengan pihak luar.

Pernah juga aku tekanan dengan suatu isu di tempat kerja. Natijahnya, tekanan darah tinggi melonjak naik sehingga mencapai 170/100. Doktor memberiku rehat beberapa hari namun tetap juga tidak sembuh. Lalu aku sendiri perlu bangkit merasionalkan diri, menjaga waktu tidur, pemakanan dan respon kepada orang lain dengan baik. Alhamdulillah dalam sebulan, sakit ini beransur sembuh.

 

Aina Dayana Hilmi

16 Oktober 2022

Leave a Reply

Open chat