Cara berkesan hilangkan kerak susu
Dulu semasa saya bekerja, ada juga pam susu dan bekalkan susu perahan untuk anak. Jadi anak akan minum dalam botol. Biasalah bila anak minum botol ni, puting susu merupakan sesuatu yang wajib ditukar selalu. Maklumlah, kadang terlambat cuci, kadang anak bawa main, tahu-tahu jumpa botol bawah sofa, dan selalu juga puting koyak bila mana anak ni nak tumbuh gigi. Gusi gatal kan, jadi puting susulah jadi ‘mangsa’. Haha..
Bila anak sudah cukup menyusu badan 2 tahun atau bila keadaan memaksa anak berhenti menyusu badan (disebabkan saya dah mengandung), anak diberi susu tepung. Jadi, memang tak boleh lari lagilah dari botol susu. Dulu bila puting susu botol berkerak dan semakin pudar kejernihannya, saya kenalah beli baru. Sebabnya, macam-macam petua cuba untuk hilangkan kerak susu tapi tak berjaya sepenuhnya.
Ada petua basuh dengan garam kasar, ada petua basuh dengan beras, tak kurang juga sarankan cuci terus lepas anak menyusu. Tapi kan, kalau tengah malam, memang tak menyempatlah saya nak buat. Selalunya esok pagi bangun baru nak cuci botol anak tu. Bila tengok puting susu berkerak gitu, kita pun tak naklah bagi anak pakai. Bimbang kuman dan anak jatuh sakit pula.
Bahaya kerak susu pada bayi
Menghilangkan kerak susu pada puting botol
Bila kawan-kawan tunjuk puting botol susu anak mereka bersih dari kerak susu, saya rasa WOW sangat. Masya Allah!
Insya Allah, boleh cuba ni. Pencuci organik Kleenzy yang mereka guna ini memang dirumus khas bagi membantu ibu ayah mencuci botol susu dan perkakasan bayi yang lain. Maknanya, boleh sahaja guna untuk cuci bekas makanan anak, cawan, pinggan, peralatan mengepam susu ibu, cuci sayuran dan buah-buahan dan selainnya.
Bonus untuk ibu ayah, pencuci organik Kleenzy dari Tasneem Naturel ini antibakteria dan antitoksin! Ia juga berfungsi menanggalkan lemak susu dan kotoran degil, tiada perasa dan pewarna tiruan, tiada pewangi dan pigmentasi warna yang boleh menjejaskan benda yang dicuci. Jangan risau, cecair ni lembut sahaja digunakan pada tangan dan yang penting mesra alam sekitar.
Macam mana nak gunakannya? Hanya pamkan pada benda cucian, gosok dan basuh dengan air. Tak perlu rendam. Nanti dapat lihat kotoran mencair dan hilang selepas dibilas dengan air. Cuba tengok puting susu ini :
Sebelum dibasuh. Nampak lagi kerak susunya.
Ini pula gambar puting susu dibasuh dengan air sahaja.
Tadaaa ini hasil selepas dicuci dengan Kleenzy. Alhamdulillah, kotoran degil hilang dan nampak seperti baru, kan?
Selain masalah kerak susu pada puting botol, kadang ada puting yang berubah warna dari jernih kepada kusam. Pun boleh gunakan Kleenzy!
Sebelum
Ini hasilnya selepas dicuci dengan Kleenzy.
Teruja! Best kan bila dapat cuci bersih begini. Tak bimbang lagi nak bagi anak pakai sebab pencuci organik Kleenzy dapat bantu hilangkan kekotoran. Nak tanya apa-apa boleh sahaja hubungi saya.