Cari idea beraktiviti dengan anak? Boleh cuba 7 tema ini

Bukan cikgu-cikgi je ada buku rekod mengajar, ummi di rumah pun simpan satu.

Ini post ummi tahun 2016 dahulu 🙂

Disebabkan tahun ini ada lagi 2 orang budak kecil di rumah, ummi mesti siap siaga nak ajar mereka. Ala, jangan serius sangat. Umur pun baru 4+ tahun dan 2+ tahun. Kita bimbing ikut tahap merekalah ya.

Ummi suka rujuk carta dari Jurnal Si Cilik. Buku ni memang ‘meletup’ masa baru lancar dahulu. Ummi pun tak ingat tahun bila ya. Tapi itulah tahun yang menemukan ummi dengan pengasas Projek Si Cilik, Puan Nadiah Ahmad (yang kini dikenali sebagai Trusted Personal Shopper BBW dan PBAKL)

 

Nampak, banyak kan panduan untuk kita mak-mak ni? Agak-agak hilang idea boleh sahaja rujuk sini. Biasanya kan, di mana lagi mak-mak rujuk jika nak buat aktiviti dengan anak di rumah? Sila senaraikan :

1) Facebook

2) Pinterest

3) Blog “homeschooler” luar negara

4) Instagram

5) Buku

 

Mak-mak yang mana satu?

 

Ehh.. panjang pula membebel. Ummi nak kongsi beberapa perkara yang ummi guna di rumah. Sebelum rancang aktiviti, ummi suka bahagikan kepada 7 tema :

1. Kemahiran motor kasar

Contoh dari Pinterest :

2. Kemahiran motor halus

Bermain doh, menampal sticker, menampal kolaj, uli tepung, masukkan duit ke dalam tabung, susun klip kertas, masukkan gelang getah dalam mangkuk dan selainnya.

3. Kraf

Membuat kraf belon udara panas dengan cawan plastik, belon, dan penyedut minuman.

4. Projek seni

Anyaman kura-kura

5. Aktiviti luar rumah

Berkayak! Hehe

6. Aktiviti bersama keluarga

Contoh : sukaneka keluarga

7. Aktiviti membaca

Planner Aktiviti Ibu dan Anak pun sangat membantu.

Dan ummi pernah guna jurnal percuma yang dimuat turun dari mamabard.com. Antara kandungan dalam buku rekod mengajar kami :

» Catatan tasmik anak-anak

» Rancangan menu mingguan

» Pelan pengajaran dan refleksi harian

» Catatan rekod bacaan anak-anak

» Jurnal anak

» Catatan kesihatan keluarga

» Vision board ahli keluarga

 

Rancanglah dari awal. Kerja lebih efisyen, pengurusan masa juga terjamin, ibu-ibu pun tak stres.

Dulu ummi mulakan ajar jurnal pada anak masa mereka berusia 5-6 tahun. Hanya selepas beberapa tahun baru nampak kesannya 🙂 Si kakak sangat suka menulis jurnal sekarang dan mula “upgrade” kepada menulis cerita pendek.

Si abang ngah mula minat mencatat perkara menarik yang dilalui dalam sehari. Anak nombor tiga pula sudah nampak jelas tulisannya dan nombor empat sudah faham tak boleh kacau jurnal abang kakak.

Banyak lagi perlu buat dan perbaiki. Jangan putus asa 🙂 Jumpa lagi.

Terima kasih kerana memberi maklum balas :)

shares