Catatan 2 Januari 2021
100 hari lagi menuju Ramadan. Setidaknya itulah reminder paling terkesan diterima hari ini. Ada seorang kawan kongsikan melalui WhatsApp. Ya Allah sampaikan daku ke ramadan tahun ini.
Hujan turun sepanjang hari. Mula-mula hanya rintik halus. Sehingga malam hujan semakin lebat. Allahumma soyyiban naafia. Ya Allah semoga hujan ini hujan yang bermanfaat.
Dayah kongsikan di WhatsApp Group Baiti Jannati, jalan dari Mersing ke Kluang sudah ditutup ekoran paras air naik. Banjir berlaku di kebanyakan tempat.
Malam menjelmakan diri. Saya baru sahaja melabuhkan punggung di kerusi bilik apabila tiba-tiba Asma’ bertanya, “Ummi, tengok ni ada darah kat telinga Asma'”. Subhanallah! Segera kuberistighfar dan bertenang.

“Asma’ tengah buat apa tadi?”
“Asma’ korek telinga lepas tu ada darah ni,” cerita Asma’. Terus saya dail nombor telefon Tiqa (adik bongsu). Tiada lain dalam ingatan kecuali doktor nan seorang ini. Lantas video call dibuat dan terus saya tunjukkan telinga Asma’.
Kami segera turun semula ke rumah mak dan Tiqa bawa Asma’ ke dapur untuk bersihkan telinga menggunakan cotton bud. Alhamdulillah darah pekat tadi sudah tiada. Dan kini kulihat ada bekas luka berwarna kehitaman kesihatan pada cuping telinganya. Mungkin terkena kuku dan luka. Wallahualam.
Siang tadi ada jemputan kenduri akikah anak Chek di Berangan Enam. Kami sampai di rumah Ngah jam 11.37 pagi. Agak awal sebab kulihat hanya ada kaum keluarga mereka sahaja.
Kak long, Kak Ikin dan Kak Ina sedang buat jelatah. Masing-masing sedang menyagat sayur timun, sengkuang dan nanas. Tidak mahu mengganggu, daku dan anak-anak beredar ke ruang tamu. Terpandang Chek sedang mendodoikan bayi lelakinya dan disebelahnya anak sulung Kak Ikin sedang menggosok baju.
Sudah hampir sejam kami di rumah Ngah, ikutkan hati mahu singgah sekejap sahaja menyerahkan kek marble. Dalam 12.30 tgh mereka minta suami mengetuai bacaan doa. Makanan yang dihidang sedap alhamdulillah. Ada pelbagai jenis lauk.
Nasi Bukhari, nasi putih, ayam masak merah, kurma kambing, nenas ikan masin masak lemak, kuih-muih dan air oren. Asma’ siap bertambah makan 2 kali. Wah, jarang berlaku! Terima kasih mak long Kashah tolong layan.
Malam ini ada ceramah ambang tahun baru di Darul Sunnah. Kuliah bermula lepas Maghrib. Mak mertua awal-awal lagi sudah pergi sambil disorong oleh suami saya. Malam ini juga anak-anak remaja lelaki alan camping di Darul Sunnah. Ada BBQ juga katanya.
Saya sudah masuk hari ketiga menjadi pembaca pruf kesemua 17 karya yang diterima. Agak resah memikirkan apa yang mahu ditulis untuk prakata. Selain susunan dalam buku yang perlu dibuat. Ya Allah berikan Ilham sebaiknya
Hari ini bagaikan hari yang panjang. Tapi saya seronok. Masa terisi dengan baik. Jumpa lagi.