Catatan Awal Februari
Alhamdulillah Februari menjelma. Terima kasih Allah atas peluang hidup lagi hari ini. Bulan Januari yang agak sibuk walaupun berada dalam tempoh PKP. Anak-anak belajar dari rumah dan seharusnya ia menuntut perhatian dari kita sebagai ibu bapa.
Ada satu perkara yang akan buat saya terkenang. Kisah anak soleh saya yang nombor dua. Dalam 10 buah buku teks sekolah yang dipinjam, saya harus mengganti 6 buah daripadanya. Allahuakbar. Sabar sahajalah anakanda Abdullah ini.
Alhamdulillah segala urusan pembelian buku tulis, pemulangan buku teks (dan ganti rugi buku), pengambilan modul serta pembelian pakaian seragam sekolah selesai dengan baik. Entah bila anak-anak dapat kembali bersekolah secara bersemuka.
Bacaan Januari
Bulan lalu, sempat membaca buku-buku ini :
1. Adab Pembaca al-Quran oleh Imam Nawawi (Telaga Biru)
2. Ensiklopedia Serangga Dalam al-Quran Untuk Anak-anak oleh Ummu Ammar (Telaga Biru)
3. Terima Kasih Adik-adikku! Oleh Dissa Azmin (Galeri Ilmu)
4. Terbang Ke Mercu #1 oleh Kapten James Tan (Gempak Starz)
5. Mencari Unta Merah Jepun oleh Abdullah Bukhari (Jejak Tarbiah)
6. Bumerang Kasih oleh Akademi Bonda Nor
7. Meludah ke Langit oleh Akademi Bonda Nor
8. Beri 2 Minit oleh Prof Kamil (Galeri Ilmu)
9. Jom Cegah Zina oleh Street Islah Melaka
10. I’m A Backpacker : Europe oleh Khairul Abdullah (PTS)
11. Himpunan Anekdot Aksara Inspirasi 2
12. Margaretra Gauthier oleh Hamka (Jejak Tarbiah)
13. Cik Penakut Masuk Asrama oleh Ain Maisarah dan Sabrina Ismail
14. Tafsir Mini Surah al-Qadr oleh Abu Ammar dan Ummu Ammar (Telaga Biru)
Sudah ada beberapa ulasan buku yang sempat saya kongsikan.
Projek penulisan
“Mak harap mak sempat tengok hasilnya..” Ayat keramat yang membuatkan saya terus memecut untuk lengkapkan karya yang sedang dalam pembikinan :
⚡Antologi Kisah Mengaji Dulu-dulu ; al-Quran di Hati.
Insya Allah menunggu masa untuk dihantar kepada penerbit. Untuk buku ini kami memilih untuk swaterbit.
⚡Legasi Abah
Baru selesai hantar kepada Penyelenggara kumpulan semalam. Kami dibimbing oleh Pn Sri Diah.
⚡Antologi Terkenang Semasa Dahulu
Baru separuh jalan menukang manuskrip.
⚡Projek Penulisan Islamik
Masih mencari idea.
Ya Allah, berkatilah urusan ini dan semoga ianya memberi manfaat buat semua. Amin..Amin.. Amin..
Cabaran 100 Muka Surat
Saya tak sempat sertai program ini semalam dek kesibukan menulis. Insya Allah akan cuba sertai hujung minggu ini. Ini ialah kempen galakan membaca yang dianjurkan oleh Bookendsmy. Masa yang diberi 12 jam bermula 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari Ahad. Idea yang kreatif. Saya telah mula nampak trend ini di media sosial Facebook dan Twitter.
Selamat membaca.