Cempedak Goreng

Bila tiba musim buah-buahan, terkenang zaman kecil dahulu. Meriah sungguh bila lihat pokok-pokok di tepi jalan berbuah lebat. Dari satu rumah ke satu rumah. Ia pemandangan biasa bagi anak kampung. Tak perlu pergi jauh, di halaman rumah sendiri pasti ada banyak jenis yang tertanam.

Buah rambutan, mangga, pisang, durian, manggis, langsat, duku, kelapa, pulasan, betik, durian belanda, tebu, ciku dan lain-lain. Banyak sungguh nak disenaraikan. Beruntung orang yang pandai dan rajin menanam ini. Ladang pahala sangat besar. Bukan manusia sahaja dapat merasa, haiwan pun dapat berkongsi rezeki ini.

Sejak dahulu lagi, jarang sebenarnya dapat makan cempedak dan nangka. Tak pasti sama ada kerana saya perlu berpantang asbab asthma atau kami tak ada pokok ini. Sekarang, buah cempedak pun dah jadi macam buah kayangan. Harganya pun boleh tahan.

 

Cempedak goreng

Ada banyak resipi dan trik yang dikongsi orang untuk dapatkan cempedak goreng yang sedap dan rangup. Saya biasanya guna dua resipi ini.

Resipi 1

Tepung beras 2 cawan

Tepung gandum suku cawan

Serbuk kunyit setengah sudu

Sedikit kapur makan

Gula 1 sudu besar

Garam

Telur ayam atau itiik sebiji

Tip : boleh tambah kelapa parut atau bijan

 

Sumber resipi : Rahsia Rumah Tangga

 

Resipi 2

Tepung beras 2 senduk

Tepung jagung 1 senduk

Tepung ubi 1 senduk

Sedikit air kapur

Telur 1-2 biji

Garam dan gula secukupnya

Air sejuk dan bancuh

Sumber : Dato’ Rizalman

 

Sedap makan waktu panas-panas waktu minum petang. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Open chat