Kombo CF rub dan CF bath bantu pulihkan selsema dan batuk anak

Jadi ibu ayah ini memang mahu pastikan kesihatan anak sentiasa terbaik. Namun sesekali anak akan terkena juga batuk, selsema atau demam. Tak mengapa, ini tandanya sistem imun badan anak sedang melawan bakteria di dalam badan.
Masa saya pertama kali hadapi masalah anak demam berlarutan melebihi 2 minggu dahulu, pelbagai petua tradisional telah dicuba selain berikhtiar dengan rawatan doktor perubatan. Ini penting supaya kita dapat mengenal pasti punca sebenar sebelum memulakan rawatan ke atas anak. Itu cerita anak sulung hampir sepuluh tahun dahulu.
Apabila mendapat anak ketiga, saya baru mengenali balm CF-rub daripada Tasneem Naturel. Waktu itu tidaklah ada “high expectation” kerana saya membeli dek tertarik dengan kandungan bahannya yang mengandungi banyak minyak pati tumbuhan. Setiap satu bahannya saya cari dan baca manfaat yang ada.
Jom kenal CF-rub dan CF Bath
CF-rub
Balm CF-rub ialah balm yang dirumus untuk membantu anak yang selsema, batuk mahupun demam ringan.
Keistimewaan CF-rub :
√ Berbau wangi
√ Tidak melekit
√ Tidak panas
√ Balm berbentuk wax
Kandungan dalam CF-rub
Terdapat 7 minyak pati tumbuhan dalam CF-rub iaitu :
1) Lavender
- Memperlahankan aktiviti sistem saraf dan memberi rasa tenang.
- Meningkatkan mood bagi mereka yang mengalami gangguan tidur.
- Meningkatkan kualiti tidur, stabilkan mood dan membantu penumpuan.
2) Cypress
- Bertindak sebagai kaminatif / antipasma.
- Berguna untuk sindrom usus terganggu, kejang otot, terseliuh, ulser lecur.
- Membantu melegakan bronkitis, lelah, perut kembung, cirit-birit, loya, sinus dan masalah penghadaman.
3) Lemon
- Antibakteria yang berguna untuk selsema, sakit tekak, batuk, bronkitis, jangkitan kulit dan luka.
- Bertindak sebagai febrifug untuk demam dan menurunkan panas.
- Hemostatik yang berguna untuk membantu menghentikan pendarahan ringan seperti hidung berdarah.
- Agen pemanasan yang membantu artritis, sakit sendi dan masalah peredaran darah.
- Tonik yang berguna untuk peredaran darah dan masalah penghadaman.
4) Eucalyptus
- Bertindak sebagai ekspektoran yang berguna untuk bronkitis, batuk dan berkahak.
- Bertindak sebagai febrifug untuk demam dan menurunkan suhu panas.
- Berguna untul chilblains (radang pada pembuluh darah di kulit), sakit otot atau urat, sakit sendi, artritis, terseliuh, lebam, sakit gigi, migrain dan sakit kepala.
- Boleh digunakan untuk menghalau serangga.
5) Frankincense
- Memperlahankan aktiviti sistem saraf, memberi rasa relaks dan meningkatkan mood bagi mereka yang sering mengalami gangguan tidur.
- Meningkatkan kualiti tidur, mood yang lebih stabil dan penumpuan yang lebih baik.
6) Tea Tree
- Dikenali sebagai antibiotik yang sangat hebat.
- Dipanggil “minyak pertolongan cemas”.
- Berkesan merawat jangkitan virus dan bakteria.
- Membantu melegakan selsema, batuk dan asthma.
7) Orange
- Kaya dengan antioksida d-limonene
- Membantu menghapuskan toksin dalam badan.
- Membantu anda lebih fokus dan produktif.
- Membantu mengangkat mood dan mengurangkan tekanan dan kemurungan yang menyebabkan keletihan.
Cara guna CF-rub
Sapu di tapak kaki, dada, tekak dan tulang belakang anak. Saya selalu juga sapukan pada hidung anak. Kekerapan sapu terpulang pada ibu.
Harga balm CF-rub : RM49
CF bath
CF bath ini membantu menurunkan suhu badan anak, membantu melegakan batuk dan selsema, melegakan pernafasan dan mengurangkan kahak. Lihat kandungan dalam CF bath sama seperti CF-rub dengan tambahan ekstrak stroberi bagi menaikkan bau harum pada mandian. Penggunaannya sama seperti sabun mandi biasa dengan isian 150 ml.
Boleh diguna untuk mandikan bayi kecil kerana ianya produk natural, tiada paraben dan tiada SLE.
Harga CF Bath ialah RM59.00
Boleh juga dapatkan kedua-duanya dan 10% diskaun akan diberi kepada anda. Jimat tau sebab penggunaannya tahan melebihi 2-3 bulan mengikut kekerapan guna. Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.