Christopher Mouse : The Tale Of A Small Traveler

Setiap daripada kita boleh jadi pengembara. Kisah kecil yang memberi banyak pengajaran kepada kita. Bagaimana kita melaluinya dan menjalin cerita buat pedoman di kemudian hari.

Christopher Mouse dan adik-beradiknya sebanyak 5 ekor dibesarkan di sebuah sangkar kecil bersama ibu mereka. Tuan mereka bernama Mrs Crimmins yang membela mereka atas tujuan komersil. Sejak awal kelahiran lagi, si ibu sudah sediakan mental dan emosi anak-anak yang mereka tidak selamanya akan berada di “rumah” ini.

“Ada 2 destinasi kamu akan dibawa. Sama ada ke kedai haiwan atau ke makmal.” Yang mana lebih seronok? Ibunya pun tidak menjawab dengan terperinci. Hanya memberi gambaran positif bagi kedua-dua tempat. Jika ke kedai haiwan, peluang untuk mendapat tuan baru adalah cerah. Berharaplah agar mendapat tuan yang baik dan bertanggungjawab. Tetapi sekiranya terpilih ke makmal, biasanya mereka akan hidup di situ sepanjang hayat.

Selepas 6 hingga 7 minggu, 3 adik-beradik Christopher akhirnya diambil oleh Mrs Crimmins dan dijual ke sebuah makmal. Christopher dan adiknya, Anna tinggallah berdua dengan ibu. Mereka agak terkesan dengan pemergian itu tetapi sang ibu, selayaknya bijak mengawal perasaan dan cuba menceriakan anak-anaknya.

Si ibu mengajar anak-anaknya membaca, bercerita, memberi nasihat kehidupan serta bermain permainan bahasa. Menarik sekali perhatian ibunya ini. Tikus belajar membaca? Pula tu ada sesi read aloud. Sampai begitu sekali negara barat memasukkan budaya read aloud dalam setiap cerita mereka, sehingga cerita haiwan pun ada 🙂

Kembara bermula

Christopher dan Anna diletakkan di sebuah pet shop di pekan itu. Mereka berdua memerhatikan sahaja aktiviti seharian. Dengan sikap tuan kedai, pelanggan keluar masuk kedai dan haiwan sekeliling di dalam sangkar masing-masing. Apabila malam berlabuh, segalanya berubah. Haiwan-haiwan itu ramah dan rajin bercerita. Terhibur seketika Christopher dan Anna apabila diterima dalam komuniti haiwan di kedai.

Tidak lama kemudian, Anna dipilih oleh tuan barunya dan Christopher mula rasa kesunyian. Kawan-kawan pun tidak berjaya menceriakannya. Anna sejak dahulu amat berharap agar dia dan abangnya akan dipilih bersama tetapi apakan daya, kuasa memilih berada di tangan pembeli.

Kembara kedua  

Christopher mendapat tuan baru! Freddy, seorang budak lelaki yang sangat baik dan begitu menyayangi haiwan. Malah, dia siap buat pembacaan dahulu sebelum memelihara tikus putih yang comel ini. Lalu diajar kepada dua orang adiknya. Christopher sangat selesa berada di bawah jagaannya sehinggalah pada suatu hari Freddy dengan rela memberi hadiah kepada seorang rakannya.

Oh, bermulalah mimpi ngeri Christopher.

Kembara ketiga

Aubrey, tuan baru Christopher yang teruk! Huhu. Sudahlah reka cerita yang mengatakan ibu ayahnya bakal dipenjara dan dia perlu tinggal di rumah kebajikan, rupa-rupanya seorang yang licik mengaut keuntungan. Aubrey sentiasa mencari peluang menjual haiwan kepada kawan-kawannya dan membuat untung yang banyak. Duit itu direkodkan dan dimasukkan ke dalam tabung peribadinya. Ibu ayahnya elok sahaja ada di rumah. Dan mereka sebenarnya adalah dari keluarga yang kaya. Cuma, didikan ayahnya yang mata duitan membuatkan Aubrey jadi begitu.

Aubrey berhasil membuat perjanjian jualan dengan seorang rakan sekolahnya yang ingin membeli Christopher. Apa yang mengerikan, kawannya itu memang mencari tikus putih untuk dibuat eksperimen lantaran minatnya terhadap subjek sains. Christopher tidak mahu membayangkan dirinya bakal diawet dan diletak di sebelah burung hantu di dalam bilik tidur budak lelaki itu!

Lalu, Christopher harus memikirkan rancangan untuk melarikan diri. Peluang keemasan muncul apabila dia dibawa mengikuti rombongan ke muzium oleh Aubrey. Selepas lawatan barulah dia dijangka akan diserahkan kepada tuan baru. Aha! Dengan perlahan Christopher memanjat kocek pakaian Aubrey dan mula menyusup ke lantai dan melarikan diri. Untunglah Aubrey tidak cermat menyimpannya kembali ke dalam kotak sebaliknya di dalam kocek sahaja.

Kembara seterusnya

Sungguhpun hanya dalam tempoh 24 jam, Christopher sudah merasakan seksanya ketiadaan air dan makanan di dalam muzium itu. Lalu dia berusaha ke tandas mencari air, namun tidak bertemu makanan. Lantas tertidur kelaparan dan keesokan harinya berharap bertemu dengan orang yang baik hati. Ya, selepas beberapa kejadian, akhirnya Christopher bertemu insan baik hati yang membawanya pulang. Kali ini dia nekad untuk melakukan yang bterbaik dengan menghargai tuan barunya. Dia seronok bermain, melompat dan menghiburkan tuan baru. Dan… paling istimewa akhirnya dia dapat bertemu semula dengan adiknya!

Nilai dan pengajaran

Suka sekali dengan didikan ibunya yang banyak memberi nasihat menjalani kehidupan di dunia. Christopher pasti akan teringat kata-kata ini apabila melalui cabaran getir dalam hidupnya.

Dengan kegigihan ibunya mengajarnya membaca, Christopher berbakat menghasilkan puisi-puisi pendek. Hehe si tikus yang hebat berpuisi 😉 Suka dengan puisi ini :

 

Christopher’s Advise To Young Mice

A traveler’s life

Is filled with strife —

Don’t try it, you’ll regret it!

 

Footsore you’ll room,

Without a home –

I urge you to forget it.

 

With woe and rue

You’ll wonder through

Vast buildings dark and dreary.

 

From dust you’ll sneeze,

From drafts you’ll freeze,

Your four legs stiff and weary.

 

For food you’ll pine

While others dine.

For water you’ll grow frantic.

 

At dead of night

You’ll flee in fright

From shadow cats gigantic.

 

Ah, rash young mice,

Head my advice!

My sermon do not sleep through!

 

If you should find

An owner kind –

Delight him so he’ll keep you!

Jumpa lagi.

* Buku ke-40 / 2019

#MalaysiaMembaca

#MisiMembaca2019

Terima kasih kerana memberi maklum balas :)

shares