Cik Penakut Masuk Asrama

Sumber gambar : Kedai BLINK Online

Zaman sekolah, ramai kawan masuk sekolah berasrama. Bagi diri sendiri, mesti rasa kagum sebab sekolah asrama sinonim dengan budak pandai. Hakikatnya, mana-mana sekolah pun tetap bergantung kepada diri seseorang pelajar itu.

Bila adik-adik sendiri masuk asrama, ada sisi lain yang boleh dilihat. Pelajar harus berdikari, belajar berdisiplin dan harus bijak mengawal emosi. Seringkali homesick mengganggu diri menyebabkan sebahagiannya memberi kesan kepada pelajaran.

Cik Penakut Masuk Asrama

Sakura Edora sanggup menjawab soalan PT3 dengan sambil lewa dengan harapan tidak perlu masuk ke sekolah berasrama. Jangan harap. Mak ayah tetap masukkan ke sekolah tahfiz berasrama.

Dirinya penuh syak wasangka sehingga tidak cakna info sekolah yang disampaikan.

Ingatkan ada hantu sebab jam 1 pagi ketika dia ke tandas, semua pili air terbuka sekejap.
—> rupa-rupanya memang sistem automatik di sekolah.

Anggap Kak Huda, senior di biliknya pengotor dan berkurap. Gara-gara Kak Huda peram baju dalam baldi selama seminggu.
—> sebenarnya Kak Huda ada eczema yang teruk. Jadi seminggu sekali baju dibawa pulang untuk dicuci. Dia alah kepada detergen.

Menyangka Kak Huda amalkan sihir sebab terjumpa jarum dan lilin dalam locker Kak Huda.
—> Hakikatnya Kak Huda gemar berkreativiti dengan jahitan dan sulaman. Lilin aromaterapi itu khabarnya dapat membantu mengurangkan eczemanya.

Haih. Macam-macam hal Sakura ini. Puas berdrama depan mak ayah dan warden semata-mata mahu keluar dari sekolah itu. Sudahnya didenda 3 bulan tidak boleh keluar outing dan pulang bermalam.

***

Apabila tinggal di asrama, berbuat baiklah dengan keluarga besar di sekolah. Rakan, senior dan junior harus berhubungan baik-baik. Masing-masing pun jauh dari keluarga kan. Elak syak wasangka kerana ia mengundang masalah kepada diri sendiri juga.

Pernah saya tanya kepada anak sulung yang kini berusia 11 tahun. “Kak Long nak masuk asrama tak?” Dia sengih sahaja. Bila baca buku ini, sudah pesan, jangan buat seperti Sakura. Mengundang masalah betul šŸ˜„

Apa pun buku dari Blink masing-masing ada mesejnya yang baik. Tahniah Ain Maisarah dan Sabrina Ismail. Boleh dapatkan dari Kak Sakinah Mat Ail

Buku 13 / 2021

#AinaBaca2021
#MisiMembacaAina
#MalaysiaMembaca

Leave a Reply

Open chat