Cuti Sekolah

Tahun ini, cuti pertengahan penggal pertama jatuh pada 23 hingga 31 Mac 2019. 9 hari bercuti memang beri nafas lega buat anak-anak. Apa plan cuti semua? Dah hujung cuti baru sempat ummi nak kemas kini.

 

Kami ni waktu cuti sekolah memang jarang ke mana-mana. Tempat paling favourite ialah Perpustakaan Awam Negeri Melaka. Biasanya kami ke sana tapi kali ini kami memilih untuk ke Perpustakaan Desa Pekan Telok Mas sahaja. Tak pernah pergi pun jadi tak tahu aktiviti dan apa fasiliti yang ada di sana. Anak-anak hanya bawa buku tulis untuk melukis, buku NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) untuk dibuat catatan dan pensel.

LIBRARY 3.jpg

Ummi macam biasa. Bagai poket Doraemon yang bawa macam-macam. Haha. Dari buku tulis, lampin pakai buang sehinggalah ke bekalan kudap-kudapan. Air masak memang bawa botol besar. Sekarang musim panas. Anak-anak kerap minum air. Tak lupa juga ummi dah sapu siap-siap balm Calm terutama pada si kecil Abdurrahman supaya tak meragam nanti.

CALM A.jpg

 

Perpustakaan Awam Pekan Telok Mas

Perpustakaan Pekan Telok Mas.jpg

Inilah dia perpustakaan desanya. Comel sahaja. Masa kami sampai ada sebuah kereta dan seorang pustakawan bertugas sahaja ada di kaunter. Masuk sahaja, wah, banyaknya buku! Teruja sungguh kami melihat susunan buku baru dan hiasan dinding perpustakan. Ceria!

LIBRARY 2

 

Ada beberapa meja panjang, sofa, bahagian majalah, karpet yang dibentang luas serta beberapa bahagian bilik. Kami mengambil ruang masing-masing dan mula membaca. Ralitlah tengok buku-buku di sini. Tajuknya pelbagai dan sangat menarik. Kakak sudah selamat memilih bacaan kegemaran, ummi pula jadi tukang cerita si kecil ini. Lepas sebuah, sebuah dibaca.

Sempat juga ummi tengokkan si kakak yang kurang sihat. Kasihannya kakak. Dia rasa mual dan pening kepala. Sama ada kerana sarapan terlalu ringkas pagi tadi atau cuaca yang panas. Ummi sapukan T-rub pada hidung, dahi, perut dan tapak kaki kakak. Bau balm T-rub ini dapat bantu kurangkan loya kakak sebab ada EO Fennel yang berfungsi kurangkan loya, sendawa, senak perut dan kembung perut.

LIBRARY 1

 

Tidak lama kemudian, mulalah datang sekumpulan demi sekumpulan anak-anak ke perpustakaan. Subhanallah, ramainya yang berkunjung ke sini. Puan pustakawan pun nampak sibuk menyusun atur meja dan memberi arahan. Rupa-rupanya ada aktiviti yang akan dijalankan. Wah, seronok!

Pertandingan Mewarna

56229304_2331084493835600_3369751990920806400_n

Anak-anak ini dibahagikan kepada dua kategori. Yang kecil diberi gambar ulat dan yang besar diberi gambar ketam dan bahagian badannya. Anak-anak hanya perlu mewarnakan dengan lengkap kemudian digunting dan ditampal bagi mencantum bahagian badan haiwan ini.

55559444_2331084430502273_389259706444546048_n.jpg

Segala peralatan disediakan oleh pihak perpustakaan. Bagus, kan?

Semangat sekali anak-anak ini mewarna. Suka lihat kerjasama antara mereka. Abang kakak membantu adik-adik, dan adik-adik juga tidak banyak kerenah membuat kerja masing-masing. Harmoni.

Selesai mewarna, anak-anak ini bermain permainan dalaman yang tersedia di perpustakaan. Namun ramai juga yang memilih untuk membaca. Ada permainan blok, jigsaw puzzle, dam, permainan blok UNO, Sahibba dan selainnya. Ummi memang bagi sahajalah Abdurrahman explore sendiri. Tak larat nak kejar dah. Akhirnya ummi Nampak dia duduk dengan sekumpulan abang sambil bermain blok. Alhamdulillah, pandai menyesuaikan diri.

Dalam pukul 12.30 tengah hari, keputusan pertandingan diumumkan. Terima kasih kepada pihak perpustakaan kerana meraikan anak-anak ini. Semuanya menerima cenderahati walaupun ada yang tidak menang. Hadiahnya berupa botol air, bekas meletak alat tulis, pensel warna, alat tulis dan selainnya.

55963127_2331084313835618_904381754461126656_n.jpg

Memang cantik-cantik lukisan mereka. Comel pula ketam dan ulat yang telah siap ini.

ketam.jpg

Hasil anak kecil.jpg

 

Meminjam buku di perpustakaan

Syarat keahlian, anak-anak berusia 3 ½ tahun ke atas sudah boleh mendaftar sebagai peminjam.

Sebelum mendaftar, kita perlu bawa :

  1. i) Satu salinan kad pengenalan
  2. ii) Satu salinan bil elektrik atau bil air

Ada dua jenis keahlian di perpustakaan awam sini :

1) Keahlian percuma : boleh meminjam sebanyak 5 buah buku dan tempoh pinjaman selama 3 minggu.

2) Keahlian berbayar : boleh meminjam sebanyak 8 buah buku, sebuah majalah dan cakera padat (CD) dan tempoh pinjaman selama 3 minggu.

Untuk kali ini, kami tidak meminjam buku di sini sebab sudah meminjam di Perpustakaan Awam Negeri Melaka dan Perpustakaan Komuniti di UTC Melaka. Nanti ummi kongsi lagi pengalaman di dua perpustakaan itu ya.

Selamat bercuti semua.

 

 

 

Terima kasih kerana memberi maklum balas :)

shares