Didik anak nilai murni

609201d7c20170e2d77987481fd402b3

Dahulu sewaktu awal-awal posting menjadi guru, saya hanya masuk ke kelas dan mengajar ikut silibus. Walaupun masih terngiang-ngiang pesanan para pensyarah, “Kena banyak ajar nilai murni dalam pengajaran.” Tapi saya masih susah untuk kaitkan. Semasa praktikal mengajar (praktikum) pun, bahagian penerapan nilai murni jarang dapat markah penuh.

Setelah beberapa waktu mengajar barulah saya fahami apa yang dimaksudkan dengan penerapan nilai murni. Lebih-lebih lagi bila diri sendiri sudah dapat anak. Lagilah faham apa perlu buat.

Masuk kelas, senyum dan salam anak murid pun dah kira nilai murni. Tanya khabar, nasihat pasal kebersihan diri pun sudah satu nilai. Ia bukan lagi soal nak kejar silibus semata tapi sebagai guru kita multifungsi. Ajar akhlak, didik adab, tunjuk tauladan, bercakap yang baik, menunjukkan empati, mengenali anak murid dan seratus satu benda lagi.

Ini kisah di kelas mengaji kami. Setiap hari Khamis malam Jumaat akan ada orang infak makanan untuk anak-anak ini. Kadang-kadang menu nasi impit dan kari ayam, nasi goreng cina, mihun goreng, burger, soto mahupun roti John.

Sudah kata budak, berlari dan berebut itu memang selalu. Ustazah pun rasa nak menaga 🀧

Kenapa berlari macam tak cukup tanah ni? ❌
Siapa tak beratur tak dapat makanan! ❌
Kenapa tak beratur elok-elok? ❌

Lama-kelamaan kami tegur dengan baik. Dimulakan beri makanan pada yang kecil-kecil dahulu. Darjah 1 ke bawah, kemudian darjah 2 hingga 4, darjah 5 dan 6, akhir sekali anak remaja. Less havoc. Adab, adab dan adab memang kena ingatkan tanpa jemu.

Terima makanan ucap Jazaakallahu khaira.
Beratur dengan cantik dan lurus supaya semua orang dapat makanan, makanan tak tumpah dan kelas pun bersih. Semua orang suka, bukan?

Ia suatu proses yang panjang. Perlu ada sistem sokongan dari semua pihak. Dari rumah, di sekolah, pihak komuniti (masyarakat) dan lain-lain. Tambah satu lagi, doa ❀️

Baru-baru ini, ada orang sedekah RM1 pada anak-anak yang datang mengaji. Tiba giliran seorang anak ini, saya terlupa bagi. Selesai dia mengaji, simpan iqra’ dalam beg dan datang ke sebelah saya. Waktu itu saya sedang mengajar kawannya yang lain.

” Assalamualaikum ustazah. Saya belum dapat duit singgit lagi.” Nak tergelak bila dengar. Minta maaf ye nak, ustazah terlupa πŸ˜… Dapat sahaja duit, “Yeay! Jazaakallahu khaira ustazah.”

Masya Allah, dalam diam saya kagumi anak ini. Dia paling aktif dalam kelas πŸ˜† Tapi paling beradab dalam bab ini berbanding orang lain. Untung ibu ayahnya.

Aina Dayana Hilmi,
Doakan saya istiqamah mendidik.

Leave a Reply

Open chat