Didik anak urus diri

Masa zaman remaja dulu, saya dah mula baca majalah ANIS. Pernah terbaca satu artikel dalam majalah tu bercerita tentang sebuah keluarga yang mempunyai 8 orang anak. Si ibu kurang sihat tapi sangat beruntung kerana kesemua anaknya tertib dan sangat membantu kerja rumah. Waktu solat pun, anak yang kecil sudah faham cara solat bagi makmum masbuk. Masya Allah kagumnya.

IMG_20190905_230524.jpg

Semasa di universiti, saya pernah terlibat dalam satu kursus kepimpinan. Dalam program itu, saya terlibat sebagai AJK makanan. Tukang masak program ialah orang luar. Dia membawa sekali isteri dan seorang anak kecil. Anak itu turut sama membantu kami menghiris bawang. Masya Allah, tak kekok langsung dia memegang pisau. Ibunya pun nampak tenang meskipun turut sama memerhati.

onion-647525__480.jpg

Sumber gambar : pixabay.com

“Berapa umur anak akak ni?”
“3 tahun.”
“Wah, pandainya potong bawang, kak!”
“Ya, di rumah dia dah sibuk nak menolong di dapur.”

Santun sahaja bahasa ibunya.

Kini, bila sudah ada anak, saya terkenangkan keluarga itu. Hebatnya didikan keluarga itu sehingga anak kecil sudah dapat diatur membantu kerja orang dewasa. Saya ni, anak sudah masuk lima namun kebanyakan masa masih lagi tak dapat menahan sabar 😰

Jadi ibu ayah kena banyak sabar. Itulah modal utama. Ada seorang makcikĀ  pernah nasihati saya :

Orang perempuan waktu mengandung adalah waktu yang kritikal. Kita tak tahu apa kesusahan yang bakal dihadapi sepanjang dia mengandung. Ada orang sihat walafiat, tapi bila mengandung datang banyak masalah kesihatan. Ada orang waktu mengandung tak ada masalah, tapi nak melahirkan ada rasa payah. SebabĀ tu bila anak lahir, makcik jaga betul-betul. Sebab dah rasa betapa susahnya nak dapat anak ni. Jagalah elok-elok, sebab ingatkan kesusahan , kesakitan tu. Alhamdulillah Allah pelihara semua anak (Makcik) berjaya.

Anak-anak makcik ini hampir sepuluh orang. Semua bekerja dalam bidang professional seperti doktor, akauntan, pegawai tinggi kerajaan dan sebagainya. Akhlak mereka terpuji berkat kegigihan didikan Makcik dan suaminya.

Bilalah waktu yang sesuai untuk didik anak membuat kerja rumah? Lebih awal lebih bagus. Ikutlah tahap umur mereka dalam memberi tugasan.

Saya suka juga ‘subscribe’ laman-laman web homeschooler luar negara untuk melihat cara didikan mereka. Anna dari The Measured Mom berkongsiĀ  “To Do Book” anak-anaknya seperti ini. Mungkin boleh beri idea pada Kita untuk digunapakai pada anak-anak :

IMG_20190905_232127.jpg

Sebagai panduan umum mungkin membantu ibu ayah mendisiplinkan anak-anak :

IMG_20190901_182223_321IMG_20190901_182223_099IMG_20190901_182223_374IMG_20190901_182223_745

IMG_20190905_231647_342IMG_20190905_231655_878IMG_20190905_231658_291IMG_20190905_231650_711IMG_20190905_231652_844

Semoga anak-anak kita menjadi penyejuk hati dan menjadi Muslim yang berdisiplin dan pembersih. Amiin.

* Nota di atas hasil pembacaan dari Majalah Demi Cinta Isu 8 dan perbincangan ibu-ibu di Channel Telegram saya. Jemput join 😘

Leave a Reply

Open chat