Generasi pertama PISMP

Surat tawaran ke MPIK kusimpan kemas dalam fail. Urusan pendaftaran yang bertempat di dewan perdana kuikuti satu persatu. Selepas mengikuti taklimat ringkas, barulah kutahu kursus yang kudapati ini merupakan batch pertama pengambilan Ijazah Sarjana Muda di bawah kelolaan maktab perguruan.

Ada rasa syukur dan bangga terpilih daripada ribuan calon guru pelatih untuk memasuki maktab perguruan. Walaupun sebenarnya belum tahu perjalanan kami di hujung nanti, kucekalkan juga meneruskan pengajian di kampus. Aku seronok di sini. Banyak pengalaman dapat kutimba di MPIK.

 

Aina Dayana Hilmi

27 Oktober 2022

Leave a Reply

Open chat