Google Trends – bagaimana boleh meningkatkan ‘rating’ blog anda?

Saya hanya newbie dalam dunia penulisan blog. Rupanya ada banyak perkara perlu ada bagi mendapatkan penulisan yang berkualiti. Sudah pasti membaca, membaca dan membaca adalah elemen paling penting sebagai asas penulisan yang lancar. Dari segi teknikal ada ramai guru yang boleh anda ikuti. Bulan lalu, saya berkesempatan mengikuti sebuah kelas blog anjuran HQ Tasneem Naturel di pejabatnya di Kajang, Selangor.

Saya baru menngenali laman sesawang Google Trends yang membantu kita memilih tajuk entri yang tepat. Dengan kata kunci yang tepat, entri anda akan lebih mudah dicapai oleh semua orang. dan lebih mudah untuk rating di carian internet. Berikut adalah tutorial ringkas menggunakan Google Trends.

Langkah pertama : buka www.googletrends.com

Google Trends 1.png

 

Langkah kedua : taipkan kata kunci carian anda untuk membuat entri blog. Pastikan anda menukar nama negara kepada Malaysia kerana mahu fokuskan kepada dalam negara.

Google Trends 2.png

 

Langkah ketiga : Scroll ke bawah sekali dan lihat anak panah download dalam bulatan merah itu. Anda boleh tekan untuk lihat senarai penuh carian hasil dapatan Google Trends dalam jangka masa 12 bulan terkini.

Google Trends 3.png

Langkah keempat : akan keluar paparan di dalam Microsoft Excel seperti berikut untuk kata kunci Sembelit.

Google Trends 4

Google Trends 5

Tip lain menjadikan penulisan entri berkesan :

> Panjangnya 300 patah perkataan ke atas.

> Ada isi dan gambar.

> Gambar berkualiti (tidak pecah).

> Cara mencari bahan : membaca dari pelbagai sumber, ambil info dan bina ayat sendiri.

 

Mengelak author’s block

Start writing.png

Ada waktunya kita mampu menulis berpuluh entri dek kerana idea yang melimpah. namun kebanyakan masa, terasa buntu kerana tiada idea langsung mahu menulis! Benarkah author’s block ini wujud? Ada beberapa cadangan yang boleh dibuat. Saya pelajari dari seorang bekas wartawan. Beliau sangat mencadangkan ada buku nota khas untuk mencatat idea. draf sahulu apa yang mahu ditulis lalu dikarang sebaiknya. Dan waktu sebelum subuh adalah waktu terbaik mencatat di blog atau web.

Cara ini memang pantas dan sekiranya kita ada sasaran menulis sebanyak beberapa entri sehari , pasti akan tercapai kerana perancangan teliti yang dibuat. Selamat menulis.

Terima kasih kerana memberi maklum balas :)

shares