Hand Sanitizer Tasneem Naturel

Dahulu saya tak kisah pun dengan hand sanitizer. Malah jarang dengar dan tengok orang pakai. Tapi sejak beberapa episod asyik keluar masuk hospital semasa mengandung awal tahun ini, barulah cakna dengan penggunaan hand sanitizer ini.

Tambah lagi bila dapat bayi pramatang, hand sanitizer adalah benda keperluan bagi ummi sekarang. Doktor pesan pakai sebelum dan selepas pegang baby ni.

Memang utamanya air adalah agen pembersih yang baik. Tapi bayangkan keadaan yang kita tak jumpa air. Jadi sementara waktu, pakailah hand sanitizer untuk basmi kuman dan cegah bakteria.

Bila nak pakai hand sanitizer ni?

❤️Lepas keluar tandas
❤️Semasa nak gunakan tandas awam. Picitkan sikit pada tisu dan lap tempat tandas duduk
❤️Lepas tukar lampin bayi
❤️Sebelum dan selepas pegang troli pasaraya
❤️ Sebelum pegang bayi
❤️ Lepas anak-anak main di taman permainan
❤️ Lepas pegang kapur tulis dan pen marker (cikgu di sekolah)

Dan pelbagai situasi lagi. Ha, penting tak adanya hand sanitizer ini? Ia langkah awal pencegahan kuman dan bakteria.

Cara penggunaan

IMG_20191117_021105_989.jpg

Picit pada tangan. Jangan sikit sangat ☺️ Biar kuantiti itu cukup untuk sapu keseluruhan tapak tangan kita. Biar basah sikit. Sapu seluruh tapak tangan dan celah-celah jari tau.

How To Use Hand Sanitizer.png
Sumber gambar : di sini

Kenali bahan dalam Hand Sanitizer Tasneem

Hand Sanitizer Berry

Berry

EDTA 

a) Digunakan sebagai penstabil bahan dalam kuantiti yang kecil.

 

Ekstrak Sireh

IMG_20191110_192632

Sumber gambar : pixabay.com

a) mengandungi kandungan nutrisi yang sangat baik untuk badan
b) bertindak sebagai pencuci menghilangkan bakteria
c) bertindak sebagai antiseptik
d) bertindak menghilangkan dan meneutralkan bau yang tak enak

 

Aloe Vera

aloe-vera-262718_1280.jpg

Sumber gambar : pixabay.com

a) Membantu meningkatkan imunisasi badan

b) Membantu penyembuhan luka

c) Baik untuk kesihatan kulit

d) Mengandungi vitamin A, C, E, B1, B2, B3, B6 dan B12 dan mineral seperti kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi

e) Mempunyai sifat antiseptik dan bertindak terhadap bakteria dan kulat.

 

Cinnamon Oil

Bahan ini sangat familiar dalam masakan melayu. Kulit kayu manis. Kelebihannya ialah :

a) Bertindak sebagai antiseptik, anti inflamasi dan ativirus.

b) Membantu mengurangkan kolesterol

c) Agen penggumpal darah yang baik dan menghalang pendarahan dengan membantu tubuh membentuk darah beku.

d) Aromanya yang harum banyak diguna untuk pelbagai fungsi.

 

Citronella Oil

lemongrass-4479786_1280.jpgSumber gambar : pixabay.com

Nama lainnya dalam bahasa Inggeris ialah lemongrass atau kita kenali sebagai serai. Satu lagi tumbuhan yang familiar dalam masakan kita. Kelebihan Citronella ialah :

a) Berperanan sebagai antioksida. Bagus untuk kesihatan jantung.

b) Antibakteria. Kajian terbukti berjaya menghalang jangkitan mulut dan kaviti. Bagus untuk gigi juga.

c) Antiradang.

Keradangan sering dialami oleh pesakit, termasuk penyakit jantung dan strok. Menurut Pusat Kanser Memorial Sloan Kettering, dua sebatian utama dalam serai iaitu citral dan geranial merupakan bahan yang bermanfaat sebagai antiradang. (Sumber : bidadari.my)

 

Wildberry Oil

a) Baik untuk kesihatan kulit

b) Tinggi kandungan vitamin C

 

Hand Sanitizer Geranium

Geranium

Bahan lain sama seperti Hand Sanitizer Berry. Ada dua bahan sahaja berbeza iaitu :

Geranium oil

Bertindak sebagai :

a) Anti inflamasi iaitu berguna untuk akzema, arthritis, reumatik, dermatik, psoriasis, gigitan serangga, lecur dan gout.

b) Anti depresen  dengan mengurangkan tekanan termasuk kebimbangan dan keletihan.

c) Antiseptik – membantu merawat lula, sakit tekak, jangkitan gusi dan jangkitan pundi kencing.

 

Rose Oil

Terkenal sebagai minyak paling mahal 😊 Kesitimewaannya dalam mengubati penyakit dan meningkatkan kesihatan serta membantu kecantikan menjadikan minyaknya antara yang banyak mendapat perhatian tinggi.

 

Nak dapatkan Hand Sanitizer ini?

Ianya berharga RM35.00 sahaja dan anda layak dapat diskaun sekiranya mendaftar sebagai ahli. Nak tahu lebih lanjut? Jangan lupa hubungi saya di 013-3613516

 

Leave a Reply

Open chat