Hati-hati dengan tabarruj

Secara umumnya tabarruj bermaksud berhiasan berlebihan bagi wanita sehingga mendorong nafsu syahwat lelaki. Nauzubillah.

Sheikh Muhammad Ali al-Shabuni memberikan penjelasan tentang tabarruj :

Al-Tabarruj ialah berlebihan dalam menampakkan sesuatu yang tersembunyi. Adapun kata dasar “tabarruj”bermaksud menzahirkan dan memperlihatkan. Yang dimaksudkan “tabarruj” dalam Firman Allah ialah seseorang wanita memperlihatkan perhiasannya dan kecantikannya kepada kaum lelaki.

Kawan-kawan yang baik, Imam Ibnu Al-Jauzi jelaskan 6 ciri tabarruj :

1) Wanita keluar rumah dan berjalan antara (bersama) lelaki. Pendapat ini dikemukakan oleh Mujahid.
2) Wanita yang berjalan berlenggok-lenggok dengan penuh gaya dan gedik. Pendapat ini dikemukakan oleh Qatadah.
3) Wanita yang memakai wangian. Pendapat ini dikemukakan oleh Ibnu Abu Najih.
4) Wanita yang memakai pakaian yang terdapat batu permata, kemudian ia memakainya dan berjalan di tengah jalan (di hadapan bukan mahram dan masyarakat umum). Yang demikian terjadi pada zaman Nabi Ibrahim. Pendapat ini dikemukakan oleh al-Kalbiy.
5) Wanita yang memakai tudung di atas kepalanya, namun tidak menutupnya (keseluruhan kepala dan kawasannya) sehingga terlihat anting-anting dan kalungnya. Pendapat ini dikemukakan oleh Muqatil.
6) Wanita yang memakai pakaian mahal namun tidak menutupi tubuh badannya. Pendapat ini dikemukakan oleh al-Farra’.

*Disesuaikan info daripada buku Diva Solehah (Siti Nur Fatimah Hasan & Mohd Solleh An Razak, 2014)

Isu tabarruj dipandang sepi oleh kita. Hakikatnya banyak teguran daripada Allah dalam Quran serta peringatan Baginda Muhammad Sollallahu alaihi wasallam.

Edit almari pakaian kita 🌼

IMG_20200109_201650_691.jpg

Ya Allah pelihara kami dari azab api neraka. Cenderungkan kami menutup aurat sebaiknya, hilangkan rasa mahu menunjukkan fesyen berlebihan di luar rumah. Amin .. Amin..

Jemput berukhwah di t.me/ainadayanadotcom

Aina Dayana Hilmi,
Menuju Ramadan.

#PersiapanRamadan

Leave a Reply

Open chat