Heaven Sent oleh Norhafsah Hamid
Saya bukanlah orang yang mahir bertutur dalam Bahasa Inggeris. Tetapi saya suka membaca buku Bahasa Inggeris yang membawa mesej yang baik. Cuma, bacaan saya tidak begitu luas. Akhir-akhir ini semakin ramai kawan di Instagram terdiri daripada mereka yang ulat buku. Jadi antara cadangan buku mereka ialah karya Pn Norhafsah Hamid ini.
Seriously, saya tak kenal dan tak pernah baca bukunya sebelum ini. Apabila beliau umumkan stok buku Heaven Sent sudah ada, saya terus DM beliau di Instagram untuk dapatkan senaskhah. Aduh, inilah perangai seorang Aina. Poket makin nipis, tapi datang “angin”, boleh terus beli buku tanpa fikir dua, tiga kali.
Saya terpaut dengan suasana belajar Sarah di Reading University. Harmoni dan menenangkan. Sarah pula memang seorang ulat buku. Maka perpustakaan Reading University menjadi tempat utamanya selepas kuliah. Sesuai dengan dirinya yang avid reader, segala yang berada di persekitarannya boleh pula dibayangkan seperti dalam buku-buku yang pernah dibaca .
Okay, saya sempat Google macam mana rupanya Reading University tu π
Saya menyukai Sarah seorang perempuan yang sangat berdisiplin, berpendirian tetap, menjaga solat dan kehormatan diri. Kawan-kawannya juga baik-baik meskipun berbeza agama dan bangsa. Selalu menjadi pelindung dan mengambil berat akan keselamatan dirinya.
Paling tersentuh ialah interaksi Sarah menerangkan Islam kepada kawan bukan Muslim. Penjelasan yang mudah difahami tetapi tidak semua orang tahu untuk jelaskan dengan baik. Isu asas kenapa menganut Agama Islam, mengapa perlu menutup aurat, mengapa tidak boleh keluar “dating” sehinggalah kepada isu besar yang lain. Menjadi Muslim bukan jumud. Menjadi seorang perempuan Muslim adalah satu penghargaan tinggi terhadap status seorang wanita. Begitu yang Allah rakamkan dalam al-Quran berserta didikan Baginda sollallahu alaihi wasallam kepada umatnya.
Nahhh, ada pula Jonah yang charming itu mahu mengurat Sarah. Dari awal sudah ada tanggapan buruk pada Jonah. Dan tidak dinafikan Jonah yang kacak ini pada awalnya hanya bermulut manis sahaja. Tetapi tolakan dari Sarah membuatkan Jonah rasa terkejut besar. Cubaan demi cubaan dibuat untuk mendekati Sarah tidak berjaya. Sehinggalah kawan sekelasnya, Jaws mengenakan Jonah. Jonah berlatih belajar Bahasa Melayu (lebih tepatnya loghat Kelantan) dan diucapkan kepada Sarah!
“Mato mu bulat mace bola golf. Pahtu, dia tubik serupo mato ike mas. Bibir mu pulok muncung mace ike bunta. Ambo minat benar ke mu. Mu nak keluar make budu ngan ambo dok?”
Adududu. Pecah gelak malam tadi. Jaws pun mengenakan kawan tu bukan main lagi π
Dan cerita ini panjang lagi. Tapi izinkan saya sambung lagi sikit ya. Kikiki. Teruja pula dah habis baca buku ni, kan π€
Saya suka dengan watak kawan-kawan Sarah. Mereka sangat positif, protective dan menjaga Sarah sebaiknya. Mat Bond dan Jaws, Andy dan Cynthia, Gideon, Usman dan lain -lain. Masya Allah. Teringat pesanan mak saya dahulu. “Nak kawan yang baik, Kita sendiri kena jadi baik dahulu.” Dalam Hal Sarah, dia seorang yang tegas dengan pendirian dia sebagai seorang muslimah. Jadi secara tidak langsung ia memberi kefahaman kepada orang sekeliling akan prinsip Islam yang dibawanya.
Malangnya, selepas beberapa kali ditolak oleh Sarah, malam terakhir selepas graduasi, Jonah ucapkan selamat tinggal dan terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Masing-masing kembali ke negara sendiri dan menjalani kehidupan seperti biasa. Namun, selepas beberapa tahun, kisah ini muncul kembali…
Nah, pasti tertanya-tanya kesinambungannya. Dapatkan buku ini tau. Ada 4 buah dalam siri ini dan Heaven Sent ini ialah buku yang kedua. Nampaknya penulis Norhafsah Hamid dah masuk dalam senarai penulis kegemaran saya π
Selamat membaca semua. Nanti tag saya lepas habis baca π
Aina Dayana Hilmi,
Suka baca buku.