Hello, Anak-anak Ayah 2 oleh Zulina Hassan
Baca buku Hello Anak-anak Ayah 2 ni sangat berkait dengan diri sendiri. Anak 5 orang. Macam-macam ragam, pening ibu dorang ni 😆
Cerita ni memang real. Lepas satu, satu hal mereka buat. Kejap bergaduh, kejap baik, kejap mengusik, kejap menangis. Halah.. halah… Saya yang baca ni macam tak cukup nafas habiskan ayat 😂
Bagus ni bagi anak baca. Supaya mereka nampak betapa kecohnya dalam sehari bila “kisah” mereka ditulis macam ni. Dan saya sebagai ibu bila baca boleh nampak apa tindakan dan rasionalnya Pn Husna (watak ibu).
Beliau memang ibu yang kuat dan besar jiwanya menjaga dan membesarkan anak-anak sendirian. Suaminya bertugas jauh sebagai tentera di Somalia. Antara ragam mereka :
Anak sulung perempuan, 13 tahun.
Seorang yang agak mementingkan diri sendiri. Kakak yang garang dan selalu mahu menang. Dia paling benci dengan jiran sebelah rumah iaitu Makcik Dora dan anaknya.
Anak kedua lelaki.
Agak bertanggungjawab. Banyak meringankan beban ibu dengan membantu membuat kerja-kerja rumah. Adik-adik pun lebih mesra denganmya
Anak-anak lain masih kecil. Kerap bertengkar tetapi ada abang yang terpaksa jadi pendamai. Lega sedikitlah ibu menghadapi kerenah mereka berlima 😅
Buku ini ada 2 siri. Malangnya saya tiada siri 1. Sudah habis stok rasanya pada penerbit. Saya suka buku yang ditulis oleh Pn Zulina Hassan ini. Beliau banyak menulis buku kanak-kanak.
#jombacabuku
#MalaysiaMembaca
#BukuAina2020