Hobi pertama

Hobi paling lama bertahan ialah mengumpul setem. Tak ingat kali pertama mula berminat dengan hobi ini. Mungkin seawal tahun 3 atau 4. Saban hari memang ada banyak surat diterima. Surat mak, ayah dan atok. Aku minta izin daripada mereka untuk mengambil setem. Terus direndam dalam semangkuk air.

Apabila sudah lekang, setem dijemur di bawah matahari. Cepat sahaja keringnya. Lalu disusun kemas dalam album setem. Adik-adik tidak minat dengan setem jadi memang tiada yang mengganggu albumku ini. Hobi ini berterusan sehingga umur 16 tahun. Kini, anakku pula menunjukkan minat. Malah sudah tulis sebuah buku cerita bertajuk Kembara Setem.

Aku pernah catatkan Hobi Mengumpul Setem di sini sehingga mendapat peluang muncul di Kopitiam TV3 membicarakan topik hobi.

 

Aina Dayana Hilmi

26 Oktober 2022

Leave a Reply

Open chat