Ibnu Battuta : Pengembara Ulung Islam

Perjalanan pengembaraan beliau sangat panjang. Bermula sebagai seorang anak muda yang mempunyai semangat luar biasa! Sanggup berjalan kaki seorang diri merentasi gurun dan gunung hanya untuk menunaikan haji.

Umum mengetahui jika ingin bermusafir haruslah mempunyai teman atau mengikuti mana-mana kafilah pedagang bagi menjamin keselamatan diri.

Namun, Allah sebaik-baik penjaga. Ibnu Battuta selamat mengerjakan haji selepas mengharungi perjalanan yang membahayakan.

Bermula selepas menunaikan haji di Makkah, beliau merantau ke serata dunia. Namanya meniti dari mulut ke mulut sebagai orang alim, berilmu, berani dan luas pengalaman.

Entah berapa kali bagaikan hidup semula ekoran kemalangan di laut, suasana politik tempat kerja dan seumpamanya. Beliau banyak kali juga menerima pelawaan raja-raja bagi menjadi Kadi atau menjawat jawatan penting dalam kerajaan di tempat yang disinggahinya. Bermakna beliau bermukim beberapa waktu di tempat-tempat berkenaan.

Namun sudah sebati jiwanya sebagai pengembara, beliau tidak betah tinggal di sesuatu tempat terlalu lama. Sehinggalah beliau akhirnya menetap di Ibu Kota Fez pada tahun 1354 dan diminta oleh pemerintah masa itu, Sultan Abu ‘Inan supaya membukukan keseluruhan 29 tahun pengembaraannya.

Ibnu Juzayy ditugaskan mencatat dan sememangnya beliau orang yang paling layak kerana sangat teliti serta berseni dalam menulis. Namun sayangnya tidak diketahui di mana jasad Ibnu Battuta dikebumikan.

Bila baca buku Ibnu Battuta ini, beliau pernah berhadapan dengan wabak yang menakutkan pada sekitar tahun 1438. Nama wabak itu ialah The Black Plague atau Wabak Hitam yang berpunca daripada kutu.

Kutu itu membawa sejenis kuman yang dikenali sebagai Yersinia Pestis. Kutu-kutu itu hidup dan membiak dalam bulu tikus sebelum merayap masuk ke dalam guni, bulu haiwan tunggangan, dan juga pakaian.

Ia menjangkiti manusia melalui gigitan kutu dan pesakit mengalami gejala mual, sakit di bahagian abdomen, sakit kepala dan sukar tidur. Muntah darah pula adalah petanda pesakit sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Beribu orang mati dalam sehari sehingga menimbulkan ketakutan. Ia merebak dengan cepat dan menjangkiti orang di negara-negara luar asbab kutu yang tersembunyi dalam barang dagangan. Pesakit akan ditumbuhi bisul pada ketiak, paha dan pelipat.

😥

Kita pula berhadapan dengan Wabak Covid-19 yang juga menakutkan. Insya Allah, Allah ada 💪

#MalaysiaMembaca
#MisiMembacaAina
#BukuAina2020
#DudukRumahBacaBuku

Leave a Reply

Open chat