Ikan Bakar Air Asam
Nampak tajuk sahaja sudah menyelerakan. Saya dan makanan memang tidak dapat dipisahkan. Hee. Sebab itulah agaknya badan susah nak kurus. Makan melebihi portion π¬
Buku ini ialah antologi dari 35 orang penulis di bawah seliaan Pn Sri Diah Shaharuddin. Ada lapan buah tajuk di bawah Siri Legasi Emak. Temanya ialah kisah emak dan resipi warisan.
Menatal helai demi helai, menemukan pembaca dengan kasih seorang emak kepada anak-anak dan keluarga. Susuk tubuh emak yang cekal dan kuat menjadi tulang belakang sesebuah keluarga.
Emak mungkin bukan insan sempurna atau paling bijak di dunia, tetapi emaklah insan paling penyayang yang mendamaikan jiwa anak-anak. Dengan kekreatifan emak, takkan dibiar anak-anak kelaparan, takkan dibiar perut suami kosong sebelum keluar mencari rezeki.
Banyak nasihat kehidupan disampaikan emak. Didikan secara langsung dan tidak langsung itulah berperanan membentuk anakmu tumbuh membesar dengan jati diri yang kukuh, beradab dan mampu mengendali bahtera rumah tangga sebagai pembantu kemudi yang baik.
π Rezeki yang ada dikongsi bersama. Jika ada lebih, panjang-panjangkan kepada adik-beradik mahupun jiran tetangga.
π Apa sahaja ilmu baru diperolehi, cepat-cepat amalkan supaya pahala si pemberi / pengajar berterusan.
π Jangan kedekut. Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain.
π Bangun sahaja dari tidur, perkara pertama perlu dibereskan ialah tempat tidur. Tamsilannya ialah, apabila tempat tidur sudah elok berkemas, pasti kita sendiri rasa sayang mahu berbaring semula. (Namun dikatakan sunnah juga apabila kita mengemas tempat tidur).
π Memasak perlukan kesabaran. Gopoh-gapah hanya menjadikan masakan sekadar boleh dimakan dan dihidang tetapi hilang kemanisan dan “rasa”.
π Bangun awal sebelum suami, biarpun tidak mandi, setidaknya cuci muka, merapikan wajah, rambut diikat kemas dan jangan lupa sediakan makanan sebelum suami keluar bekerja. Biar mereka keluar dengan perut yang berisi dan gembira.
Selamat membaca buku ini bagi anda yang mahu dapatkannya. Boleh hubungi penulis antologi ini sekiranya berminat.
Saya teruja menunggu Siri Legasi Abah pula tidak lama lagi. Dan buku antologi yang saya terlibat sama bertajuk Lelaki Pawana Cinta dengan kulit hadapan berwarna keemasan. Barakallahufiik.
Doakan ya.
Buku ke-99 / 2021